Wednesday, December 24, 2014

Bucharest: Hantu Rumah Agam



Hahaha. Tajuk je dah seram. Percaya? Tak percaya? Ini bukan kisah dongeng. Ini kisah benar yang dialami aku sendiri selaku tuan punya badan. Dalam post sebelum ni, aku dah cerita intro pasal Holiday Hostel yang best gile.

Tapi,

Berhantu.

Jadi, aku nak sambung cerita kat sini.

Hostel yang aku duduk tu memang nombor satu terbaik dalam Romania masa aku pegi  tu. Layanan dan fasiliti dalam hostel memang tip top. No komplen. Malahan dah banyak kali aku syorkan hostel ni pada kawan-kawan travel yang lain. Kalau nak tahu detail tentang hostel yang mabeles ni, boleh baca kat sini: Holiday Hostel

Dijadikan cerita, petang aku dan Kak Ana sampai tu dah lewat kalau ikut time Romania. Dalam pukul 4 lebih, nak ke pukul 5 dah. Kat Bucharest masa tu dah beransur-ansur gelap. Setelah menapak sekian jauh, aku pun sampailah ke hostel ni. Dapat je bilik, kat luar dah nampak kirmizi di kaki langit. Tau apa kirmizi tu? Tu kat bawah adalah contoh gambar kirmizi. Kirmizi dalam gambar ni, bukannya kirmizi petang tu. Tapi kirmizi di langit Brasov 2 hari kemudian. Tapi sama je kirmizi ni. Kalau tak paham jugak lagi, boleh buka Kamus Dewan. Complete.
 

 
Dapat bilik, kami letak barang, bukak kasut dan salin selipar. Aku dan Kak Ana merayau dulu tengok persekitaran hostel. Kami survey kat dapur ada apa, bilik air ok ke tidak, garden sama tak macam dalam buku cerita omputeh yang slalu aku baca dan macam-macam lagilah. Lepas survey, kami balik bilik dan bersiap nak mandi. Bilik air dia memang bersih, besar, ada power shower dan selesa. Dekat ground floor (rumah ni 2 tingkat, dan ada attic kat tingkat 3) ni ada 3 bilik air yang semuanya besar gabak. Best gile mandi setelah menapak sekian jauh dalam cuaca sejuk Bucharest petang tu.

Selesai mandi, solat dan amalan biasa kalau travel, aku dan Kak Ana golek-golek atas katil sambil nak tunggu mood nak pegi makan kat kitchen. Kak Ana nampak dah layu, mungkin penat. Aku pun penat tapi siling bilik ni menarik minat aku. Mulalah aku terpikir-pikir. Ini ke siling asal rumah besar ni. Sapelah yang duduk sini dulu. Mesti grand habis rumah ni dulu. Ini ditambah lagi dengan lampu chandelier yang nampak antik di mata aku. Disebabkan kagum pada kedua-duanya, aku pun ambik handphone dan snap gambar siling bersekali dengan lampu tu. Kebetulan di depan aku iaitu setentang dengan kaki aku, ada almari tinggi yang di bahagian atasnya aku sangkut winter kot aku. Aku ambik 3 gambar yang fokus kepada siling dan lampu.

Bila aku tengok balik gambar, aku dapati dalam gambar pertama, aku terambik ke bawah dan nampak almari. Dalam gambar kedua pun sama, nampak almari. Dalam gambar ketiga, baru nampak siling dan lampu cantek tu. Bila dibelek-belek pada gambar 1 dan 2, aku rasa ada sesuatu yang pelik. Dalam gambar 2, ada 2 winter kot bergantung. Bila aku besarkan skrin, barulah nampak yang disangkakan winter kot kedua tu, bukannya winter kot. Sebab kat depan aku masa tu, tergantung kat almari hanya satu winter kot coklat gelap aku. Ia adalah gambar seorang lelaki yang memakai kot labuh berwarna hitam (trenchcoat), sedang menutup kedua-dua belah telinga dengan tangannya dan berdiri menghadap aku. Orangnya tinggi, setinggi almari tempat aku gantung kot tu. Keseluruhan gambaran dia gelap, tapi kalau tengok betul-betul (which I did), korang hampir nampak rambut dia yang pendek dan agak tercacak/tak terurus tu dan bahagian atas kening dia. Even masa aku tulis ni pun, terasa lagi keseramannya. Yang paling menakutkan, pintu bilik kami memang berkunci dan takde sebarang pembiasan atau bayangan yang membolehkan gambar jadi macam tu. Kak Ana memang tak gantung kot dia. Lagipun, Kak Ana terbaring separa lelap kat tepi dinding tu. Ya Rabbi! Aku terambik gambar hantu la rupanya. Memang aku takde penjelasan lain. Nasib baiklah aku tak nampak di luar handphone.

Bila memikirkan ini baru second pitstop dari 13 pitstop yang akan kami lalui, aku terus tutup handphone dan simpan bawah bantal sambil cuba pejam mata. Peliknya, masa tu aku langsung tak rasa seram, cuma pelik macamana gambar hantu tu boleh ada dalam handphone aku. Sebab aku ni sebenarnya penakut. Aku diamkan dan ambik keputusan tak akan bagitau Kak Ana sampailah kitorang balik nanti. Dalam 5 minit aku pejamkan mata, Kak Ana pun bangun dan ajak pegi makan. Aku berlagak macam biasa. Sungguh, masa tu kecuakan aku tak terlihat langsung.

Kisah hantu trenchcoat ni aku bongkarkan masa kami pitstop di Besancon, France. Terkejut Kak Ana dan aku bersyukur dalam hati sebab tak bagitahu masa di Bucharest.

Teori aku, hantu tu agaknya pemilik rumah ni dulu ataupun mati kat rumah tu. Satu-satunya cara nak tahu pasal asal usul hantu ni ialah dengan email pada Carmen iaitu staff kat hostel tu dan tanya pada dia tentang sejarah rumah tu. Aku ada email pada Carmen dalam bulan kedua atau ketiga lepas aku balik dari trip tu tapi takde jawapan sampai sekarang. Mungkin dia terlalu busy nak reply, atau dia taknak rosakkan nama hostel tu. Apapun, aku tak rasa orang akan takut sebab hostel tu memang bagi servis terbaik kot. Lagipun, kebanyakan orang lagi suka nak jumpa hantu ni. Tapi bukan aku, ye.

Jadi, aku kongsikan 3 gambar-gambar tersebut untuk tatapan umum dan untuk korang buat penilaian sendiri sejauh mana kebenarannya. Tapi aku bercakap benar, tau!

 
Gambar 1
 


Gambar 2
 
 

Gambar 3



Sekian.
 

Friday, December 12, 2014

Keretapi Transylvania: Dari Brasov ke Budapest


Tambang keretapi Brasov ke Budapest - 183 lei


Sepanjang kembara aku selama 23 hari di Eropah dan Istanbul, perjalanan dengan keretapi Transylvania adalah perjalanan terpanjang yang aku lalui. Transylvania train membawa maksud keretapi dalam Romania yang boleh diambil oleh pelancong untuk melawat seluruh Romania, bermula dari Brasov. Masa yang biasa diambil oleh penumpang-penumpang untuk menjelajah seluruh Romania menggunakan keretapi Transylvania  ini adalah 12 hari. Walaubagaimanapun, ini bergantunglah pada individu, samada nak lama di sesuatu tempat atau skip tempat-tempat tertentu. Memandangkan masa aku dan Kak Ana terhad di Romania dan kami pun dah memulakan pengembaraan dari Bucharest, jadi kami mengambil keputusan untuk skip tour melalui keretapi Transylvania. Makanya kami mengambil perjalanan dari Brasov terus ke Budapest tanpa berhenti di stesen-stesen/bandar-bandar lain di Romania.

Rangkaian keretapi di Romania merupakan rangkaian keretapi ke-4 terbesar di Eropah dan mencatatkan kepadatan penumpang paling tinggi di Eropah. Keretapi Transylvania ini dikendalikan oleh CFR Calatori (Caile Ferate Romane), sebuah syarikat keretapi yang dapat disusur sejarah penubuhannya seawal April 1880 di Bucharest, Romania. Syarikat ini dimiliki oleh kerajaan Romania sepenuhnya. Bagi destinasi kami, trek adalah sejauh lebih kurang 545 km dengan 13 jam 40 minit masa perjalanan; di mana aku dan Kak Ana menghabiskan semalaman dalam keretapi ni. Tiket berharga RM183 memang mahal tapi bila mengenangkan tiket flite lagi mahal (pada masa kami pegi tu), maka redha aje lah naik train ni. Kami beli tiket second class seater. Sebenarnya ada 3 jenis class dalam train ni.

1)      Sleepers/private cabins: first class

2)      Couchettes/cabins for 4-6 people:  second class bed (diorang tak panggil bed, diorang panggil sleeper atau couchette).

3)      Reclining seats/airline style seating: second class


Kalau korang beli sleepers/couchettes, diorang memang dah provide blanket, pillow dan sheet. Kalau yang beli tiket macam aku dan Kak Ana (reclining seats with aircond), kenalah bawak selimut sendiri. Sebab sejuk sebenarnya dalam train ni. Tiket adalah open, bermaksud korang boleh travel anytime dalam tempoh yang diberikan. Lebih daripada date tu, tiket dah tak valid dan tak boleh ditukar lagi ke tarikh lain atau refund duit. Biasanya, tiket keretapi di Eropah ni, diorang bagi open tiket dalam masa sebulan. So, dalam sebulan, korang boleh travel anytime. Cumanya masa/timing perjalanan keretapi memang dah ditetapkan. Contohnya, keretapi kitorang open untuk sebulan perjalanan dari Brasov ke Bucharest, tapi masa keretapi ialah jam 9 malam.

Pada mulanya aku ingat train kitorang pukul 8 malam. Itu yang beria sebelum 8 malam dah terpacak kat train station. Sekali bila cek departure board kat station dan juga tengok betul-betul kat tiket, baru sedar pukul 9 malam sebenarnya (ini terjadi disebabkan semua tulisan atas tiket tu dalam bahasa Romania. Memang sah-sahlah aku tak paham).

Sesampai di stesen, aku dan Kak Ana terhangak-hangak mencari platform, sebab macam yang aku story sebelum ni, stesen ni banyak platform yang mengelirukan dan hanya ada papantanda dalam bahasa Romania dan nombor platform. Nasib ada sorang pakcik ni tolong kitorang.



 
 
Pakcik kurus yang baik hati

Tengah aku dan Kak Ana tercari-cari platform mana nak pegi, sebab dalam tiket tu ada banyak sangat nombor (tak tahu mana satu seat, mana satu nombor gerabak dan mana satu nombor platform), datanglah sorang pakcik yang dalam lingkungan umur 50-55 tahun (kurus tinggi dengan rupa paras standard Caucasia), ke arah kami. Dia mintak nak tengok tiket. Kitorang tunjuk aje lah tiket tu tanpa harapan pun yang dia boleh tolong, sebab dia pun tak boleh cakap omputeh. Dengan bahasa isyarat bercampur dengan bahasa Melayu, kitorang bagitahu tengah mencari platform yang betul nak ke Budapest. Nasib pakcik kurus ni paham. Dia terus bawak kami turun ke terowong bawah dan melintas ke platform seberang. Alhamdulillah, dia memang bawak kami ke platform yang betul. Pakcik tu tunggu dengan aku dan Kak Ana, sambil dia menyembang pendek dengan sorang lagi makcik berkuku merah cili yang pakai kot bulu tebal (harus diingat ye, suhu masa tu ialah -1°C). Bila satu train sampai, pakcik tu panggil aku dan Kak Ana. Dia kenalkan pada makcik kuku merah tadi dalam bahasa Romania lah. Kami berdua sengih je lah. Nak jawab, tak tahu nak cakap apa. Dari bahasa isyarat pakcik tu, aku mentafsir sendiri yang dia bagitahu dia nak naik train yang baru sampai tu dan tinggalkan kitorang dengan makcik kuku merah. So, makcik kuku merah take over dari situ. Dalam ertikata lain, pakcik kurus pass kitorang kat makcik kuku merah. Terharu kitorang bila paham maksud pakcik ni. Lepas tu pakcik babai aku dan Kak Ana, dan terus panjat naik ke train yang dah nak jalan. Menjerit kitorang cakap ‘thank you’ kat pakcik tu. Dia angguk sengih-sengih je sebelum dia hilang dari pandangan dan train biru bergerak perlahan-lahan keluar dari platform. Terima kasih pakcik, kami takkan lupa pertolongan pakcik.



Makcik berkuku merah dengan kot bulu

Kitorang menyedari 2 fakta selepas tu. Pertama, setiap platform kat stesen ni berkongsi 2 train. Sebab tu train pakcik kurus sampai dulu sebelum train kami. Kedua, makcik kuku merah naik train yang sama dengan kitorang. Cuma berdasarkan komunikasi ayam itik kami, dia berhenti kat Arad. Arad merupakan stesen terakhir di sempadan Romania sebelum train memasuki Hungary menuju ke Budapest. Makcik ni agak pendek dan nampak bengis. Dia ada banyak bag besar kat tepi kaki. Sambil merokok, dia mengangguk-angguk tengok kami dari atas ke bawah. Cuak jugak aku, manalah tahu kalau-kalau dia tak suka orang Asia. Sangkaan aku salah sama sekali. Dia menghampiri kami dan mula bertanya, ‘country?’. Tafsiran kami, mesti dia tanya asal dari mana. Pantas aku dan Kak Ana menjawab serentak, ‘Malaysia’. Dia mengangguk laju, macam tahu je Malaysia kat mana. Aneh, memang dia tahu sebab ayat dia seterusnya ‘cold’ sambil menunjuk pada aku dan Kak Ana yang berbalut winter coat tebal siap muffler dan snow cap. Owh, rupanya tadi dia mesti kelakar tengok kitorang dressing macam sejuk sangat konon. Walaupun sejuk dan makcik ni pakai kot bulu, tapi aku suspek kot bulu tu lebih kepada style, daripada nak hilangkan sejuk. Sebab makcik ni nampak steady je smoking, kot bulu pun tak zip. Apa sangatlah -1°C pada diorang, kan. Kami angguk laju sambil tersengih-sengih. Dia pun mula bercakap, macamlah aku dengan Kak Ana paham. Antara butiran percakapan makcik tu yang berjaya aku cantumkan ialah ‘Brasov’, ‘montan’ (mountainous-bergunung-ganang), ‘cold’, Arad, Budapest, isyarat huruf 1 (mungkin nak cakap suhu dah -1°C), dan beberapa ayat lagi yang berjaya aku jadikan terjemahan: Dia dalam perjalanan ke Arad dan akan turun di sana. Kitorang kena turun jauh lagi di Budapest. Suhu -1°C sebab Brasov terletak dalam kawasan bergunung-ganang. Dia dah biasa sejuk tapi orang Malaysia tak biasa sejuk.

Terrer tak aku translate? Ha, lebih kurang macam tulah isi perbualan kami. Aku dan Kak Ana pun membalas jugak, menyembang dalam bahasa ayam itik yang toksahlah aku ceritakan kat sini (buruk benor bunyinya). Tapi apa yang penting, makcik paham, aku paham, Kak Ana paham dan kitorang bertiga tak silap paham. Hahaha. Lepas menyembang tu, makcik minta excuse nak sambung merokok. Aku dan Kak Ana sambung berborak sesama sendiri sambil melompat-lompat setempat sebab nak hilangkan sejuk. Sumpah sejuk gila. Nasib tak rasa nak terkencing. Mana pulak nak cari toilet tengah-tengah alam ni. Tiba-tiba, ada sorang backpacker pompuan datang kat kitorang. Aku dah nampak dia dari bawah terowong tadi lagi, tapi tak tegur sebab tadi pun kitorang lintang pukang cari platform. Dia sorang je takde kawan. Dialah orang kedua yang boleh berbahasa Inggeris lengkap selain Rafael, yang kami jumpa di Brasov ni. Nama dia Kim, warganegara US dan travelling solo ke destinasi yang sama dengan kami, Budapest. Kami sambung menyembang sebelum train sampai. Sampai je train warna merah kami, makcik cepat-cepat ajak kami ikut dia ke satu gerabak dan suruh kami naik. Sempat babai je dengan  Kim, sebab nampaknya dia naik train sleepers atau couchettes (kami bajet, beli yang seaters je. Hihi). Aku dan Kak Ana memanjat naik, tapi makcik tu tak naik. Menjerit lagi kami cakap ‘thank you’ kat makcik baik tu. Aku intai di pintu train dan nampak makcik tu naik ke gerabak satu lagi, mungkin kelas berlainan kot. Dia sekadar senyum, lambai tangan pada kami dan juga hilang dalam gerabak satu lagi. 2 kali aku dan Kak Ana terharu malam tu. Tapi kisah terharu kami belum tamat ye.

 

Kim dari US

Aku dan Kak Ana sempat menyembang dalam 15 minit macam tu lah dengan Kim ni. Dia dari US dan tiket dia first class coach. Destinasi sama dengan kami, cumanya dia dah 2 minggu bermalas-malasan di Brasov. Dia pun lebih kurang macam Rafael, berhenti keje dah 2 bulan dan tiba-tiba decided nak travel ke Romania. Dia plan nak ke Budapest dan sambung bermalas-malasan kat Budapest sesambil minum kopi dan makan pastries kat sidewalk cafes yang ada kat Budapest nun. Selain tu, dia nak jalan-jalan pegi muzium, tengok-tengok bangunan lama dan merayau-rayau sekitar Budapest sampailah dekat nak Krismas, baru dia gerak ke Rome. Kat Rome, dia akan jumpa bapak dia dan nak celebrate Krismas bersama-sama bapaknya. Best je bunyi plan Kim ni kan? Kalaulah hidup aku sesimple Kim ni, alangkah indahnya merayau-rayau tanpa haluan dalam dunia ni. Kalau…hahaha. Memang banyak ‘kalau’ yang aku pikirkan sepanjang journey kami setakat ni.


 

Bilik Hogwarts Express
Tiket reclining seats with aircond kami adalah dalam bentuk bilik/kabin. Satu bilik ada 6 seat, 3 seats saling menghadap 3 seats lagi. Disebabkan penghujung musim luruh adalah antara musim yang orang Eropah paling malas nak travel, jadi train malam tu tak ramai orang. Kalau ada pun, dekat coach yang makcik kuku merah tunaik. Internal/regional train. Coach kitorang ni dikira international train. Mungkin sebab tu lah tiket kami mahal yang amat. Tapi rahmat bagi kami, bilik kami tu kosong, takde orang lain. Hanya ada aku dan Kak Ana. Makanya, sangat afdal lah bila aku ambik 3 seats, dan Kak Ana ambik 3 seats. Letak bagpacks jadi bantal kat kepala, bawak keluar selimut dan baringlah seperti di katil. Hahaha. Heaven woo setelah berkilometer-kilometer kami menapak keliling Brasov petang tu.

 
 

Bilik ni mengingatkan aku kat Hogwarts Train dari King Cross ke Hogwarts. Sebijik macam ni. Kat hujung tingkap yang besar tu, siap ada meja kecik lagi untuk kami letak makanan atau barang-barang. Pintu bilik pun ada tingkap kecil siap dengan langsir, kau! Pintu bilik, boleh kunci hokay. Sesekali aku terfeeling macam naik Orient Express, kan. Kat bahagian atas pintu, ada beberapa tombol dengan fungsi-fungsi yang berlainan. Tombol ni yang macam ‘dimmer’ lampu kat umah tu, boleh pusing ikut kesesuaian. Ada tombol untuk suhu dalam bilik, tombol untuk volume muzik dan tombol untuk adjust keterangan lampu. Selain tu, dalam bilik kitorang ni jugak, ada plug untuk charge laptop atau bateri. Tempat penyangkut baju/coat/winter jacket pun ada. Yang tak ada cuma bantal dan selimut. Nasib takde karpet. Kalau ada, memang grand lah. Yang paling penting, bilik ni bersih.
 

 
 

Bilik/kabin kami ni takde bilik air en suite ye. Bilik air atau kat sini diorang panggil WC, kena share kat koridor macam train biasa. Tapi untuk train ni, aku paling suka bilik air dia sebab bersih, ada sinki dengan air yang laju, seating toilet yang sebelah je dengan sinki yang bersih tu (senang nak menadah air bagi tujuan pencucian tertentu. Hehehehe), ada tisu tandas yang secukupnya, ada shaver machine, ad plug extra, ada liquid soap, bilik air yang luas dan bersih (nampak tak aku tekankan ‘bersih’ tu), ada pengudaraan tandas yang baik, lock tandas bagus, siap ada cabinet kecik dengan mirror dan yang paling special skali, air tu ada panas dan sejuk. Ha..kagum tak? Kagum woooo. Ternyata Transylvania train ni dah letak standard yang tinggi untuk keretapi-keretapi lain. To be really honest, sepanjang 23 hari perjalanan kami, tandas dalam train inilah yang terbaik. Hatta train dari Switzerland ke France pun (yang kami akan naik on our final length of the journey) tak sebersih train ni. We salut Transylvania train’s WC!

 




Dalam hati ada taman

Begitulah kondisi keseluruhan train malam kami dari Brasov ke Budapest. Makanya, setelah aku dan Kak Ana siap cabut kasut letak tepi, baring dengan berselimut bagai, bila train perlahan-lahan bergerak keluar dari stesen Brasov dengan kedinginan malam yang beransur-ansur mencecah -2°C, aku dan Kak Ana pun sama beransur-ansur hanyut bersama gelap malam. Dalam 20 minit seterusnya dengan train bergerak steady ke bahagian tengah Romania (central Romania), menyaksikan aku dan Kak Ana hilang dalam mimpi masing-masing. Kami tidur sepanjang perjalanan, sambil sesekali terjaga bila train berhenti lama sikit kat satu-satu stesen. Ada sekali tu, dalam gelap gelita aku dapat rasa train berhenti perlahan-lahan dan sayup-sayup aku dengar orang berteriak dari bawah, ‘Arad’. Kat koridor coach kitorang pun dengar suara pegawai train ni sebut ‘Arad’. Mungkin sebelum ni (masa kitorang nyenyak tidur), memang ada pegawai keretapi yang laungkan nama-nama stesen yang train ni berhenti. Takut kalau ada penumpang yang terlajak tidur dan terlepas stesen nanti. Aku sekadar menoleh ke arah Kak Ana dan rupa-rupanya dia pun terjaga.

‘Ko dengar tak, Arad?’ soal Kak Ana dengan nada orang baru bangun tido.

‘Dengar..’ jawab aku, pun macam orang baru bangun tido.

‘Mesti makcik tadi tu turun kat sini kan..’ soal Kak Ana lagi. Rupanya dia pun macam aku, teringatkan makcik kuku merah tadi.

‘A’ah..mesti dia turun sini..’ balas aku macam tak beremosi. Yang sebenarnya, fikiran aku melayang pada makcik tu. Tetiba rasa sedih pulak. Hish..tak boleh jadi aku ni, dah berapa kali ntah aku rasa terharu hari ni. Aku tak membalas lagi sebarang perbualan dari Kak Ana sebab aku tutup mata balik, berusaha sedaya upaya mengusir jauh-jauh rasa sedih yang tiba-tiba tu dan menyambung tidur. Belum pun train ni bergerak keluar dari stesen Arad, dan bergerak menuju ke sempadan Romania-Hungary, aku dah terlebih dulu menyambung keruhan. Kak Ana? Ntah..aku tak tahu.

 

Pegawai sempadan Romania-Hungary

Aku terjaga bila bahagian kaki rasa sejuk gile. Rupa-rupanya, selimut dah aku tarik sampai ke atas. Yang menambahkan lagi sejuk, sebab train ni memang dah berhenti terus. Tak dengar bunyi enjin. So, bila berhenti, konfem la heater mati. Sejuk wei. Aku bangun dan mengintai ke luar. Dalam samar-samar lampu, aku nampak bendera Romania. Ke depan sikit, ada satu bangunan lagi, ada bendera lain. Kemudian baru aku cek balik, rupanya bendera Hungary. Kami dah tiba di sempadan Romania-Hungary.

Kak Ana turut bangun sebab mengalami nasib yang sama dengan aku; kesejukan. Memang kami dengar bunyi orang turun naik train, nasib pintu berkunci. Cuak jugak, sebab entah tengah alam mana ntah kami ni. Pantas kami bukak lampu bagi terang. Tiba-tiba, tingkap kaca di pintu bilik diketuk dari luar. Kitorang bajet, mesti kastam nak cop passport (kalau naik train, make sure passport korang letak siap-siap dalam bag day pack. Senang nak ambik bila dalam keadaan macam ni. Jangan letak dalam backpack, jenuh nak kumbah satu backpack nanti). Bukak je pintu, memang betul. Ada 2 orang pegawai kastam dalam uniform yang aku tak berapa pasti kaler apa. Muka memang serius. Lelaki dua-dua orang  tu. Abang Kastam 1 dan Abang Kastam 2.

Diorang mintak passport.

Kami bagi.

Diorang baca satu-satu.

Kami tunggu.

Merangkak dia nak baca nama Kak Ana. Gambar kawan pulak tak pakai spec, bukan mainlah Abang Kastam 1 tu letak passport sebelah muka Kak Ana yang baru bangun tu. Berkerut muka Abang Kastam 1, sebab muka macam tak sama (ye lah wei. Mungkin Kak Ana bergambar masa zaman selim sikit. Hihihi). Kak Ana cepat-cepat pakai cermin mata. Baru Abang Kastam 1 puas hati. Nama bapak aje yang dia boleh sebut. Fail!

Tiba turn aku, pun sama. Nama bapak aku je yang diorang mampu sebut. Tiba nama aku, terbelit.

Abang Kastam 2 tanya, dari mana. Serentak kami jawab, Malaysia.
Diorang kepelikan. Mungkin tertanya-tanya, apalah yang budak berdua ni buat kat tengah-tengah alam ni.
Diorang tanya, buat apa datang Romania.
Pantas pulak Kak Ana jawab, kami melancong nak tengok Romania. Abang Kastam 1 dan Abang Kastam 2 sekadar mengangguk.

Diorang pun cek dalam list. List ada kat tangan diorang. Abang Kastam 1 pulak memang ada sandang beg kat bahu kanan dia, yang nampak macam handbag tapi bentuk 4 segi. Nampak berat. Aku agak, mesti itu ada komputer mini untuk cek visa dan scan passport. Agakan aku, mungkin diorang nak tengok Malaysia perlu visa atau tidak. Mungkin Abang Kastam 1 dan Abang Kastam 2 tak jumpa, dia panggil pulak Abang Kastam 3 dan Abang Kastam 4. Rasa macam nak cakap je, memang Malaysia takyah visa nak masuk Romania. Tapi karang, diorang ingat aku nak melawan atau menyibuk pulak. Lagi haru kalau diorang bajet aku nak tunjuk pandai. So, diam aje lah. Keempat-empat Abang Kastam ni memang berbadan tegap. Kalau dalam keadaan normal, aku mungkin kekaguman. Tapi dalam situasi di tengah-tengah malam tu dan entah kat lokasi alam mana entah, ditambah pulak dengan aku yang memang banyak sangat tengok cerita perang dolu-dolu, tetiba terbayang kalau-kalau diorang ni paksa kitorang turun dari keretapi dan tembak kitorang point blank kat landasan. Sape pun tak tahu. Haa..nampak tak tahap keterberanganan aku yang sangatlah melampau tu? Perasan spy la tu. Maafla, aku pun tak dapat nak control.

Realitinya, Abang Kastam 3 dan Abang Kastam 4 berjaya jumpa nama Malaysia dalam list diorang. Kemudian, Abang Kastam 1 yang ada sandang beg tepi berbentuk segiempat tadi cop passport aku dan Kak Ana. Alhamdulillah. Barulah Abang Kastam 1 dan Abang-abang Kastam 2, 3 dan 4 tersenyum dan beredar dari bilik/kabin kitorang. Selesai satu bab.

Masuk bab kedua. Kastam dari Hungary pulak.

Proses sama, dengan 3 orang Abang Kastam Hungary. Tengok passport. Tanya soalan yang sama. Cari benda yang sama dari kotak ajaib diorang (yang sama) tu, dan cop passport aku dan Kak Ana.

Selesai.

Setelah dekat nak sejam train berhenti, train pun bergerak kembali menuju Hungary.

Babai Romania, panjang umur jumpa lagi.

Hello Hungary, nanti kita jumpa esok pagi.




But I have promises to keep,
and miles to go before I sleep,
and miles to go before I sleep.
- Robert Frost

 

Tuesday, December 9, 2014

Brasov & Misteri Bran Castle


Day trip Brasov: 21 November 2012

Tour 2 castles + taxi fees: 50 lei + 5 lei = 55 lei bersamaan lebih kurang RM55

 
Day trip ini telah disusun oleh Carmen, staff dari Holiday Hotel Bucharest. Memandangkan aku dan Kak Ana hanya akan berada sehari saja di Brasov dan seterusnya menaiki keretapi Transylvania ke Budapest pada sebelah malamnya, Carmen mengaturkan trip ke sekitar Brasov sahaja. Kebetulan pada hari kami ke Brasov, beberapa buah istana Vlad the Impaler dan raja-raja Romania di sekitar Brasov banyak ditutup; samada untuk penyelenggaraan ataupun baikpulih. Hanya ada 2 buah istana yang dibuka untuk lawatan pada hari itu; Rasnov Fortress dan Bran Castle. Jadi, pakej day trip ini merangkumi pickup dari train station, hantar ke hostel pilihan/train station, lawatan bebas (takde guide) ke 2 buah istana ini termasuk pengangkutan (pakcik teksi kami) dan upah untuk pemandu. Ini tidak termasuk tiket masuk ke istana-istana ini. Kesimpulannya tour ni mahal bagi kami. Tapi disebabkan dah malas nak atur teksi dan buat sendiri macam yang selalu kami buat, follow aje lah. Sekurang-kurangnya pakcik teksi ni baik dan sanggup tunggu kitorang berjam-jam meneroka istana-istana ni (ayat penyedap hati sebenarnya tu).

Tengoklah jalan nak naik ke Bran Castle ni. Mengah tau tak..
 
Dari pekan Brasov, selepas pakcik teksi ambik aku dan Kak Ana, kami ke Kismet Dao Hostel (aku rasa, aku selalu silap taip nama hostel ni dalam post-post yang lepas. Untuk clarification, nama sebenarnya bukan Krishna atau Kishan Dao ye, tapi Kismet Dao). Kami ke sana untuk simpan bag di situ dan pakcik teksi nak ambik sorang lagi yang join day trip Brasov iaitu Rafael. Dari hostel, kami berempat bergerak ke Rasnov Fortress. Kisah Rasnov Fortress korang boleh baca kat sini Brasov & Kisah Ngeri Rasnov Fortress
 


Ini baru kaunter nak beli tiket.
 
Selesai meneroka seluruh isi Rasnov Fortress, kami bertiga turun kembali menggunakan traktor merah ke tempat parking di mana pakcik teksi setia menunggu. Dari Rasnov Fortress kami bergerak ke istana kedua, Bran Castle. Hari dah meninggi sebab dah nak dekat pukul 1 lebih tengahari, tapi disebabkan cuaca yang murung je (nasib baik tak hujan langsung), aku tak perasan sangat hari dah menganjak petang. Lagipun, setelah apa yang kitorang lalui di Rasnov Fortress, aku tak simpan harapan tinggi sangat untuk matahari memancar terang di Bran Castle. Perjalanan ke Bran Castle tak jauh pun, cuma kawasan istana ni agak misteri sebab dipenuhi dengan kabus walaupun dah tengahari dan cuaca sejuk betul. Kawasan sekitar istana ni penuh dengan pokok-pokok rhu dan konifer yang menjulang tinggi, diselang seli dengan kabus; menambahkan lagi efek seram istana yang satu ni. Ditambah pulak dengan angin bertiup yang terlebih sepoi dan orang-orang sekitar kawasan istana ni yang semuanya berbalut baju tebal, memang sesuai la sangat menyambut kedatangan kamike Bran Castle. Rasa macam nak melawat Adam Family pun ada. Mari tengok apa lah ghopenya Bran Castle ni.


Brasov: Bran Castle
Jarak dari Brasov ke Bran Castle: 29km
Jarak dari Rasnov Fortress to Bran Castle: 13.8km
Tiket masuk Bran Castle: 25 lei




 
Bran Castle menyimpan sejarah yang cukup panjang. Istana yang terletak di atas sempadan Transylvania dan Wallachia ini merupakan national monument kepada Romania. Lebih dikenali sebagai Istana Dracula, ia dibina pada tahun 1377 dan siap pada tahun 1388. Istana ini bertukar-tukar tangan daripada satu pemerintah ke pemerintah yang lain. Salah seorang daripadanya ialah Vlad the Impaler atau Vlad Tepes. Memerintah sekitar 1436-1442, dipercayai Vlad pernah beberapa kali bermalam di istana ini. Apabila Transylvania menjadi sebahagian daripada Greater Romania pada tahun 1918, istana ini telah ditawarkan kepada Queen Marie Romania (Ratu Maria) yang sangat disayangi rakyat ketika itu. Istana ini menjadi istana yang paling disukai oleh Queen Marie dan dari tahun 1920 sehingga 1932, istana ini ditukarkan menjadi istana musim panas keluarga diraja. Keluarga diraja Romania menduduki istana ini sehinggalah rejim komunis mengusir mereka pada tahun 1948. Di bawah rejim komunis, Bran Castle ditukarkan menjadi muzium dan apabila komunis jatuh pada 1989, istana ini kembali dibaikpulih dan dijadikan tarikan pelancong ke Brasov. Akhirnya setelah bertahun-tahun dinafikan hak pewarisan ke atas istana ini; pada tahun 2006, Bran Castle diserahkan kembali kepada pewaris-pewaris sah Princess Ileana of Romania and Archduke Anton of Austria. Hari ini, Bran Castle dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk melihat sejarah penuh warna-warni Bran Castle ini.
 


 
Kunjungan aku dan rakan-rakan kembara lain disambut dengan angin sejuk di tangga batu Bran Castle. Menapak mengah kami mendaki anak tangga yang berpahat kemas, hinggalah sampai ke pintu utama istana. Punyalah tinggi dari tempat parking kami mendaki, sampai ke sini, naik pulak tangga lagi. Sampai di pintu istana, tombol pintu aje dah membuatkan aku kagum tak habis. Bayangkan, kepala ular separa manusia yang diukir pada tombol pintu. Mungkin kalau masa tu ada kilat sabung menyabung, aku percaya mesti Dracula yang bukak pintu sambut kami.
 
Tombol pintu ni memang unik. Bukan aku je yang jakun, ramai je omputeh lain pun sebok ambik gambar tau!
 
Sayangnya, imaginasi liar aku berhenti takat tu aje lah. Pintu memang dah terbuka dan siap ada anak panah tunjuk arah ke mana dulu yang nak dituju. Untuk yang berminat nak tahu sejarah istana secara terperinci siap dengan sesi soaljawab sekali, mungkin korang boleh ambik tour guide. Ada guide la yang akan ikut dan terangkan satu persatu. Pada kitorang, pembacaan dalam buku-buku sebelum ni dah cukup memahamkan kami tentang istana ni. Cumanya, aku nak tengok sendiri setiap ceruk sudut istana ni. Maklumlah, tak puas tengok dalam buku!
 


Satu lagi seni tombol yang ada di Bran Castle
 
Keadaan dalaman istana memang terjaga rapi. Buku-buku Raja Romania yang dulu pun bersusun elok lagi dalam almari buku, kat dalam library. Cuma nampak dah kuning sangatla kertas-kertas buku tu. Dah berapa tahun la pulak kan masa berlalu.
 


 
Keseluruhan perabot-perabot dalam istana ni memang dalam keadaan yang baik. Piano pun ada, cuma aku tak pasti elok lagi ke tidak. Sekali tengok memang macam ada orang duduk lagi dalam istana ni.
 
Ini kaki kerusi kat meja makan. Kalau aku yang makan kat sini, kompem tak tertelan nasi dalam pinggan.
 
 
Bilik-bilik tidur siap bercadar baldu, meja main kad berkilat macam tiap-tiap hari ada orang polish dan pendiang api pun bersih je.
 


 




 
 
Cuma karpet dalam istana ni je yang nampak pudar, aku rasa sebab mat salleh ni memang masuk rumah tak bukak kasut. Ditambah pulak dengan pengujung-pengunjung yang sampai beratus orang dalam sebulan, memang pudar lah karpet dalam istana ni. Selain tu, istana ni ada terowong rahsia yang berbelit-belit. Aku muat-muat je masuk dalam terowong ni, dan hanya boleh jalan one way. Kalau tiba-tiba tengah jalan aku nak pusing balik, memang tak lepas nak pusing sebab lubang lorong ngam-ngam je badan aku. Nyamuk nak lalu pun tak muat kot. Hahaha.
 
 


Inilah terowong sempit yang aku maksudkan tu.
 
Macam di Rasnov Fortress, kat Bran Castle ni pun aku rasa ada aura mistik. Chewahh.. Kak Ana dan Rafael jalan di depan aku, aku pulak sebok ambik gambar sana sini. Ada banyak kali yang aku agak tertinggal di belakang dan leka sampai tak perasan dalam sesebuah bilik tu memang dah takde orang. Time-time macam ni lah aku ada rasa seram sikit. Rupa-rupanya, ada jantung Queen Marie disimpan dalam istana ni. Dah balik Malaysia baru aku tahu, yang jantung Queen Marie yang sebelum ni disimpan di sebuah biara berhampiran Laut Hitam (Black Sea) telah dipindahkan ke dalam bekas khas dan dibawa balik ke Bran untuk disimpan berhampiran Bran Castle semasa komunis masih memerintah. Bila rejim komunis jatuh pada tahun 1989, keluarga diraja Romania telah menuruti wasiat Ratu itu untuk menempatkan jantung miliknya di dalam bekas perak bertatahkan batu permata yang dibalut dengan bendera Romania dan bendera England iaitu negara kelahiran Ratu tersebut. Bekas ni kemudiannya ditanam dalam crypt marmar yang ditempatkan di biara keluarga diraja ini di dalam Bran Castle. Persoalannya, di mana? Hahahaha. Aku pun tak tahu dan tak hingin nak tahu. Seram wei!
 
 


Ini adalah altar kat dalam chapel atau gereja kecil milik keluarga diraja Romania dalam Bran Castle ni. Aku suspek, jantung Queen Marie disimpan dalam benda ni.
 
Keseraman tersebut berterusan bila aku tengok satu persatu gambar-gambar keluarga diraja ni yang dipamerkan di dinding-dinding istana ni. Gambar memang macam hidup. Atau mungkin aku yang terlebih feel kot..
 
 Ini pendiang api. Cantek kan?
 
 

 

JADI, kalau korang nak rasa sendiri keseraman semulajadi ni, silalah datang ke Bran Castle. Tak rugi tau. Sebab istana ni memang cantik dan terjaga. Cuma berita terbaru yang aku dapat di internet, sekarang istana ni tengah diiklankan untuk dijual. Ada duit lebih? Bolehlah beli kalau berkenan.
 








 

Dari Bran Castle, kitorang dihantar balik ke pekan Brasov. Hari dah hampir gelap rupanya, walaupun jam belumpun pukul 6. Sedih jugak rasanya nak berpisah dengan pakcik teksi tapi apa boleh buat, setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Nampak tak di situ aku berfalsafah. Hahaha. Kami mintak pakcik teksi hantar kami ke pekan sebab nak ronda-ronda pekan dulu sebelum ke Budapest. Kat tengah-tengah pekan Brasov kami dan pakcik teksi berpisah.
 
Dataran di tengah pekan Brasov
 
 
Berjalanlah aku, Kak Ana dan Rafael di sekitar pekan Brasov yang mula beransur-ansur gelap. Sempat aku merakam saat-saat kirmizi ada di kaki langit, sampailah warna-warna jingga langit hilang ditelan gelap malam. Aku memang leka merakam apa yang ada di pekan Brasov ni, sambil Kak Ana dan Rafael sebok membincangkan ke mana nak makan malam hari ni. Kami akhirnya makan di Ceasu’ Rau, sebuah restoran agak mewah di tengah Brasov yang dicadangkan oleh Encik Rafael ya. Aku order nasi kepal dengan cendawan rebus dan sup tomato, dan Kak Ana pesan minced mushroom, atau dalam bahasa Melayu aslinya, cendawan kisar. Kikiki..bunyi je dah kembang tekak kan? Tapi sumpah, sedap aje kat tekak aku. Walaupun sebenarnya perut kitorang takdelah kenyang macam makan nasi kat rumah, tapi cukuplah sekadar mengalas perut.
 
 Ini nasi cendawan kepal aku
 
 
 

Sup tomato saya yang hado!
 
Lepas makan, kami menapak lagi memusing bandar Brasov dan bila hari dah gelap pekat, barulah kitorang jalan balik ke Kismet Dao. Aku dan Kak Ana nak ambik bag kami dan nak ambik teksi ke stesen keretapi untuk train ke Budapest malamnya pukul 8. Suhu dah mencecah 1°C masa kami kat dalam lobi hostel. Selesai bertukar-tukar alamat dan email dan facebook dengan Rafael, kamipun chau cin chau. Sedih jugak nak babai Rafael sebab dah sehari suntuk menyembang sesambil buat lawak bangang tak henti-henti. Tapi nak buat macamana kan..perjalanan harus diteruskan. Lagipun, esok Rafael pun akan naik keretapi pagi ke Bucharest dan setelah dipromote oleh aku, Rafael bercadang nak tidur semalam dua kat Holiday Hostel Bucharest sebelum dia gerak ke Sofiya.

Dalam kesejukan 1°C, aku dan Kak Ana ditelan perut teksi menuju ke stesen keretapi Brasov, tempat kami sampai pagi tadi. Mahal jugak tambang teksi, dalam 6 lei. Bayor je lah sebab walaupun agak dekat, aku dan Kak Ana dah tak sanggup nak menapak dalam sejuk tu.

SO, aku kongsikan di sini bajet kami pada hari 21 November tu di Brasov.

Brasov Day Trip:
Tour 2 Castles + Teksi – 55 lei
Tiket Rasnov Fortress – 10 lei
Tractor merah Rasnov Fortress – 4 lei
Tiket Bran Castle – 25 lei
Souvenier Bran Castle – 22 lei
Dinner di Ceasu’ Rau – 20 lei
Teksi dari Kismet Dao ke train station - 6 lei
Air mineral sebotol – 2.5 lei
Tambang keretapi Brasov ke Budapest - 183 lei
*harga pelancong antarabangsa. Cess..

 Total: 327.5 lei
*mahal yang amat belanja sehari kat Brasov ni! Tapi ni mahal sebab tiket train (sekali lagi aku gunakan ayat penyedap hati. Hihihi)

 
Untuk kisah perjalanan keretapi dari Brasov ke Budapest, aku sambung dalam post lain ye. 

 
You and I will meet again, When we’re least expecting it, One day in some far off place, I will recognize your face, I won’t say goodbye my friend, For you and I will meet again.
~Tom Petty

Brasov & Kisah Ngeri Rasnov Fortress


Kota Dracula: Brasov
Jarak Bucharest – Brasov: 186 km

 
Lokasi:
Brasov terletak di tengah Romania dan merupakan sebahagian daripada wilayah Transylvania dan dikelilingi oleh Pergunungan Carpathian. Ia juga terkenal dengan pusat-pusat peranginan berbukit dan merupakan bandar yang paling kerap dilawati pelancong jika ke Romania. Malah ada pepatah Eropah mengatakan, “Why bother coming to Romania if you're not going to see Braşov?". Selain dari tempat percutian tanah tinggi, Brasov penuh dengan istana-istana lama tinggalan sejak abad ke-12 sehinggalah kepada istana milik keluarga diraja terakhir Romania sebelum dipaksa menyerah takhta kepada rejim komunis.


Tiket Keretapi:
Tiket sehala dari Bucharest ke Brasov, 47 lei (dalam RM47).
*tiket dibeli di stesen keretapi pada pagi sebelum bertolak.


 
Gerabak ke Kota Dracula
Pagi November itu, aku ucapkan selamat tinggal pada Carmen dan berjanji akan menulis kisah sebenar tentang Romania supaya seantero dunia tahu hakikat negara bekas komunis itu. Tepat jam 5.25 pagi, keretapi bergerak perlahan-lahan keluar dari stesen keretapi Bucharest Gare de Nord menuju Brasov. Sepanjang 3 jam perjalanan, pemandangan disajikan dengan gunung ganang yang penuh warna-warna musim luruh, pepohon yang separa gondol tapi tetap cantik dari segi mata seni, langit biru dari terbit matahari pagi, lanskap yang dipenuhi dengan taburan rumah-rumah kotej berwarna-warni, orang-orang di tepi stesen-stesen kecil yang sentiasa tersenyum dengan pipi merah dek sejuk pagi, sambil sesekali mata aku menangkap bangkai-bangkai bangunan terbiar dari zaman komunis yang mereput menyembah bumi dan lensa kamera yang tak henti-henti aku talakan pada alam indah ciptaan Ilahi.
 
 
 
 
 


 
Memang aku rasa tak pernah cukup gambar-gambar yang dah aku ambil tapi ada ketikanya aku mengingatkan kembali diri supaya ambil masa, letakkan kamera ke bawah dan lihat sendiri alam dengan pandangan dua mata ini. Seize the moment and live in the moment. Itu pesan Ella pada aku. Gadis pengembara dari Australia yang aku kenal di Holiday Hostel Bucharest; mengembara solo dari Australia ke India, kemudian ke benua Eropah dan bakal menyambut Krismas tahun 2012 itu dengan abangnya yang bekerja sebagai guru di London sebelum Ella terbang pulang ke Tasmania. Memang mengkagumkan aku. Bayangkan, hanya dengan pakaian di badan dan sepasang yang lain, bag kecil berisi buku catatan, pen, buku lakaran dan kamera lomo serta 2 buah album yang telah dicuci dari filem sebelumnya, Ella mengembara merentas 3 benua. Jangan tanya tentang barangan lain, sebab begitulah aku menghantar dia yang akan menaiki penerbangan pagi di Otopeni Bucharest dalam gelap malam November di pintu Holiday Hostel. Sempoi. Selamba. Hebat. Prinsip uniknya, gulungan filem dalam kamera miliknya hanya akan digunakan untuk mengambil gambar sesuatu atau seseorang yang dirasakan membawa makna di satu-satu destinasi yang ditujuinya. Selebihnya, she lived in the moments and seized the memories in her mind. Aku, memang tak dapatlah nak mengikut style Ella tu. Sebab ingatan aku dah lama dipenuhi dengan nota-nota kuliah zaman university dan otoriti-otoriti yang digunakan saban hari dalam dunia kerja aku selama ni. Satu-satunya cara untuk aku ingat memori perjalanan aku ialah dengan gambar-gambar.
 

 
 

 
Berbalik pada tujuan kami ke Brasov, pertamanya sebab nak tengok istana-istana lama Vlad the Impaler di sana. Kedua, ialah untuk mendapatkan keretapi terus dari Romania ke Budapest. Bukannya tak ada keretapi dari Bucharest terus ke Budapest, tapi kami mahukan tempoh perjalanan yang ngam ngam kami sampai di Budapest sebelum petang keesokan harinya. Sampai di stesen Brasov, cuaca sejuk menyambut kami. Sebenarnya, bila berjalan musim luruh ni, memang tak dapat lari dari cuaca sejuk. Sebab tu pastikan korang bawak pakaian yang sesuai. Stesen Brasov mengelirukan sebab ada banyak tunnel bawah tanah yang hanya ada papantanda Bahasa Romania. Kami ikut je majority orang yang ada kat situ pegi mana, sebab secara logiknya, mesti diorang ni nak keluar dari stesen, kan? Hasilnya, memang kitorang berjaya keluar ke lobi stesen. Di lobi, pemandu teksi yang ditempah Carmen dah sedia menunggu. Mungkin dia senang nak kenal aku dan Kak Ana sebab pakaian kami pelik dari orang lain di situ. ‘Malaysia?’ tanyanya bersahaja. Pantas kami mengangguk serentak. Senyum bertukar, bag bertukar tangan dan kami pantas memanjat masuk ke dalam teksi pakcik ni. Aku betul-betul lupa nama pakcik ni walaupun Kak Ana dah tanya sebenarnya. Terlupa nak catat dalam buku travel aku, jadi, aku panggil pakcik teksi aje la ye.

Pakcik teksi yang berbahasa Perancis pasar
inilah pakcik teksi kami yang sangat baik hati tu
 
Tajuk ni memang dramatik tapi itulah hakikatnya. Sebelum komunis memerintah Romania, rakyatnya rata-rata mahir berbahasa Romania dan Perancis. Bila komunis memerintah, sebarang bahasa lain diharamkan kecuali Bahasa Romania. Akibatnya, Bahasa Perancis tidak lagi dituturkan sehinggalah jatuhnya kerajaan Causescu pada 1989. Setelah komunis jatuh, generasi muda lebih ramai mempelajari Bahasa Inggeris memandangkan tuntutan sosial ketika itu lebih mengutamakan Bahasa Inggeris. Makanya, hanya golongan tua yang boleh berbahasa Perancis dan makin lama, Bahasa Perancis hilang terus dari pertuturan orang Romania. Dijadikan cerita, bila komunikasi kami dengan pakcik teksi ni tergendala dek kekangan bahasa, pantas aku mencadangkan Kak Ana cuba-cuba selitkan satu dua perkataan Perancis dalam komunikasi ayam itik kami. Manalah tahu kalau pakcik paham. Mengejutkan, pakcik ni membalas sapaan Kak Ana dalam bahasa Perancis yang lengkap. Barulah kami tahu kemudian, yang dia boleh berbahasa Perancis, walaupun menurut Kak Ana gaya lenggok pertuturannya dah agak berkarat. Mungkin sebab dah lama tak bercakap kot. Selesai masalah pertuturan kami pagi tu.

Lagipun, pakcik teksi ni memang baik. Dia memang menjaga betul kebajikan aku dan Kak Ana; bawak kami ke ATM, patah balik ke stesen keretapi untuk beli tiket keretapi malam ke Budapest, bawak kami ke hostel yang menguruskan day trip kami di Brasov dan tak henti-henti mengingatkan aku dan Kak Ana untuk berhati-hati. Dia jugak rajin menyembang dengan Kak Ana tentang anak-anaknya yang dah berhijrah ke bandar-bandar lain luar dari Brasov, zaman indah sebelum komunis datang dan memuji keindahan Brasov pada kami. Pendek kata, sepanjang dalam teksi dengan pakcik ni, memang tak jemulah dengar celoteh dia. Walaupun secara zahirnya, aku tak paham sepatah haram apa yang dia cakap. Maka Kak Ana lah yang menjadi penterjemah dua hala dalam komunikasi aku dan pakcik teksi ni. Kemeriahan ditambah lagi kemudiannya dengan kehadiran sorang lagi backpacker yang join day trip kami pada pagi tu. Jadi, pakcik teksi, aku, Kak Ana dan Rafael (backpacker dari Brazil) memulakan day trip kami ke Rasnov Fortress  sebagai mukaddimah kembara hari itu.


Rafael dari Brazil
 
Rafael dan Kak Ana leka bersembang tentang plan dinner untuk petang tu sebelum kami berdua bertolak ke Budapest
 
Nama pun dah bunyi macam pemain bola sepak. Orangnya kecik molek dan memanjang tersenyum. Bertutur dalam bahasa Inggeris standard walaupun sesekali dia tergelincir (contohnya bila dia nak suruh aku berhati-hati berjalan kaki dan mengelakkan dari kereta-kereta yang datang; dia akan kata ‘take care, Faa..’ sedangkan sepatutnya kena cakap ‘be careful, Faa..’ ). Naik sakit perut aku tahan gelak. Nasib pandai cover. Rafael rupanya dah berkelana dekat nak sebulan lebih masa kitorang jumpa dia di Brasov ni. Dia berhenti kerja di Brazil dan ambik keputusan untuk mengembara ke Eropah sebelum dia balik ke Brazil dan mula kerja di tempat baru, di Stockholm dengan syarikat Electrolux. Dia memulakan arah yang bertentangan dari kami; dia dari London ke Poland, kemudian ke Prague dan seterusnya Budapest. Dari Budapest, dia ke Brasov dan bertemu kami sebelum esoknya dia akan meneruskan perjalanan ke Bucharest. Dari Bucharest, Rafael akan ke Sofiya di Bulgaria sebelum menaiki train ke Istanbul dan kemudian terbang ke Kiev, Ukraine. Destinasi terakhir Rafael mengikut perancangannya ialah ke St Petersburg, Rusia sebelum pulang ke Sao Paolo, Brazil untuk menyambut Krismas bersama keluarga. Sorang lagi pengembara berani yang panjang langkahnya, membuatkan sekali lagi aku dan Kak Ana ternganga kagum. Kalaulah aku ada modal sebanyak tu dan masa sepanjang tu untuk mengembara, sumpah aku memang buat. Tapi apakan daya, ini aje lah yang aku mampu buat. Syukur pada Allah atas kesempatan yang ada, walaupun taklah berbulan-bulan di jalanan macam pengembara tegar yang lain.  Walaupun mula-mula Rafael diam malu-malu kuda (mungkin sebab dia tengok kami ni gadis Melayu sopan santun meliuk lintuk), tapi setelah kami membuka borak, menyembanglah kami macam dah sepuluh tahun kenal. Sporting rupanya Rafael ni. Tak hilang sakit perut asyik gelak je memanjang masing-masing sebab buat lawak bodoh. Adalah kawan baru bagi kami di Brasov ni.
 
 
Rasnov Fortress
(kalau aku terjemahkan ke Kubu Rasnov, rasa kelakar pulak tajuk ni jadinya. So, aku kekalkan je dengan Rasnov Fortress, ye)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiket:
Tiket traktor: 4 lei
Tiket masuk: 10 lei

Dari pekan Brasov ke Rasnov Fortress, kami menaiki teksi. Memang sepanjang day trip kami di Brasov, pakcik teksi nilah yang setia membawa kami dari satu istana ke istana yang lain. Perjalanan dalam 19km mengambil masa dalam setengah jam.
 


 
Highway yang kami lalu memang cantik dengan kiri kanan dipenuhi dataran padang ragut yang nampak menghijau walaupun ditutupi kabus tebal pagi itu. Sayup-sayup aku nampak kekawan biri-biri berbulu tebal meragut berkumpulan dengan beberapa ekor kuda tegap jugak kelihatan meragut rumput yang sama. Langit biru mengenepikan kabus yang sekadar penuh di jalan, pergunungan Carpathian mengelilingi highway yang kami lalui dan memang sejuk walaupun dalam teksi tu ada heater. Rasnov Fortress ni dikatakan adalah salah satu daripada ratusan kota milik Vlad the Impaler masa zaman kegemilangannya.




 
 

Kalau mengikut penerangan dekat papantanda kota ni pun, di sini ahli arkeologi turut mengesan bukti-bukti kewujudan aktiviti manusia seawal zaman prasejarah. Kota ini dibina sekitar 1211 dan 1225, semasa zaman pemerintahan pahlawan-pahlawan Teutonic (tentera Katolik German atau turut dikenali sebagai Teutonic Order). Kira-kira 239 tahun selepas itu, Vlad the Impaler naik memerintah menggantikan bapanya, Vlad II Dracul. Kota ini pada mulanya menjadi tempat perlindungan rakyat di kawasan sekitar. Apabila kedudukan kawasan sekitarnya yang terletak di tengah-tengah jalan di antara Bran dan Burzenland sering diserang tentera-tentera penakluk bermula daripada kerajaan Turki Uthmaniyyah, penyokong revolusi Hungary sehinggalah kepada bala tentera diraja Austria; penduduk setempat telah membina penempatan kekal di dalam kota ini. Satu binaan yang dianggap mistik di dalam kota ini ialah sebuah telaga yang mengikut lagenda tempatan, digali oleh 2 orang tahanan perang iaitu tentera Turki. Mereka berdua dipaksa menggali telaga ini dan dijanjikan dengan pembebasan jika telaga berjaya digali dan bekalan air bagi penduduk kota berjaya ditemui. Telaga ini digali oleh kedua-dua askar Turki ini selama 17 tahun di mana mereka telah memahat ayat-ayat dari kitab suci al-Quran di dalam dinding perigi ini, yang boleh dilihat sehinggalah ke hari ini. Nasib kedua-dua tahanan perang tersebut tidak dapat dipastikan secara sahih. Terdapat 2 versi iaitu ada yang percaya mereka telah dibebaskan, dan ada juga yang mengatakan bahawa kedua-duanya telah dibunuh setelah perigi ini siap digali. Telaga ini telah digunakan sehingga tahun 1850 dan penggunaannya dihentikan apabila roda di dalam telaga yang berfungsi menaikkan baldi tembaga patah; dan sejak itu telaga ini telah dibiarkan sehingga hari ini. Apa yang aku konfius, ialah, dekat mana yang mistiknya perigi ni.
 


 
Selain dari kisah perigi di atas, lagenda setempat juga menyatakan bahawa semasa zaman pemerintahan Vlad the Impaler, askar-askar Turki yang ditawan telah disula di kota ini ketika hari menjelang subuh. Jeritan askar-askar yang disula ini kedengaran berbatu-batu jauhnya sehingga ke pekan Brasov. Ala-ala macam intro dalam cerita Dracula Untold tu la, yang askar-askar Turki ramai gile disula Vlad the Impaler. Malahan, Rasnov Fortress ini juga tersenarai di antara 20 tempat paling aktif dengan aktiviti paranormal di Romania dan di seluruh Eropah. Antara aktiviti paranormal yang dilaporkan berlaku di sini ialah kedengaran suara-suara manusia dan binatang walaupun tiada pengunjung pada ketika itu, kehadiran bayangan-bayangan hitam, bunyi-bunyian yang tidak dapat dijelaskan asalnya, kabus misteri yang muncul secara tiba-tiba dan jelmaan-jelmaan yang kerap dilihat pekerja-pekerja di Rasnov Fortress ini dan juga penduduk tempatan serta pengunjung yang ada.

Tengok peta Rasnov Fortress tu. Jauh nak menapak ke atas kota tu.Sebab tu kami naik traktor merah dalam gambar bawah ni. Tapi, kalau ada yang pulun nak exercise jugak, silakan berjalan kaki. Tengok mengah ke tidak..





 
Dari segi pengalaman kami bertiga, tak dapatlah mengesahkan samada normal atau paranormal apa yang kami lalui. Cuma apa yang boleh aku kongsikan, memang masa kami tiba sekitar pukul 8 pagi (harus diingat, di sana pukul 6 pagi dah siang ye), di kawasan parking teksi memang cerah. Cuma bila tiba di pintu masuk istana, kawasan sekitar ditutupi kabus tebal. Mungkin masa tu musim luruh, jadi pengunjung tak ramai. Malah, masa kami tiba pun, memang takde pengunjung lain lagi. Untuk naik ke kota ini, pengunjung perlu naik traktor dari tempat parking di kaki bukit ke pintu masuk kota yang terletak di puncak bukit. (Perjalanan pergi balik ialah sebanyak 4 lei. Semua orang memang kena bayar 4 lei, melainkan korang sanggup menapak naik ke atas dan turun. Sejuk woo). Sepanjang perjalanan dalam traktor merah tu, memang kabus dah mula mengaburi pandangan mata kitorang.
 
 
 
Pintu masuk Rasnov Fortress
 
 
Sampai di pintu masuk, adalah sorang penjual tiket yang aku tengok mukanya cuak je. Tiket sorang 10 lei. Masuk je ke pintu gerbang kota ni, bulu roma aku meremang. Mungkin sebab sunyi sangat, dan hanya kami bertiga je yang ada (pakcik teksi tunggu kat parking teksi). Ini ditambah lagi dengan kabus yang makin menebal. Pandangan pun terhad tapi disebabkan aku memang batak nak ambik gambar dan masing-masing excited terlebih nak explore tempat ni (masa ni, kami tak tau langsung tempat ni tersenarai dalam 20 senarai teratas most notorious site for paranormal sightings in Romania and in whole Europe). Hamekkau, memang seram. Tapi dek sebab masing-masing buat bodoh je dalam kabus yang agak tebal tu, kami teruskan meneroka seluruh kota ni. Memang takde orang lain. Dalam 3 jam lepas tu, barulah kami jumpa pengunjung-pengunjung lain kat dataran terbuka dalam kota ni. Alhamdulillah, takde pulak aku dengar bunyi-bunyian atau nampak sebarang jelmaan. Cuma kawasan tu memang sunyi sepi la. Bunyi angin je yang kuat bertiup sebab Rasnov Fortress ni atas bukit. Tapi yang konfem, meremang bulu roma memang ada.
 

 
 
 
 
 
 

 
Keseluruhan kota ni memang cantik. Binaan yang beratus tahun tu pun nampak sangat kukuh. Aku tak dapat bayangkan macamanalah orang dulu-dulu mendaki naik ke kota ni, dengan bawak anak bini, barang-barang, periuk belanga bagai. Mengah wei!
 


 
 
Aku jumpa telaga yang dikatakan mistik tu, tapi aku tak pulak intai sampai ke dalam perigi, jadi tak nampaklah samada betul ada kesan pahat ayat-ayat al-Quran macam yang dikatakan dalam penerangan kat pintu masuk kota ni atau tidak. Aku perhatikan, bumbung-bumbung binaan yang masih ada memang kukuh sebab diorang gunakan batu yang ala-ala atap genting sekarang. Seekor kucing atau anjing pun aku tak jumpa sepanjang 4 jam atas kota ni. Pelik.Pelik.
 








 
Jadi, kalau ke Brasov, pastikan Rasnov Fotress termasuk dalam itineri korang. Rugi kalau tak pegi. Cuma, mungkin kena book tour dari hostel tempat tinggal korang, sebab public transport nak ke kawasan ni nampak sangat tak memberangsangkan. Aku pun tak pasti ada ke, tidak. Jemputlah tengok gambar-gambar yang ada ni, ye.
 

 


“They told of dripping stone walls in uninhabited castles and of ivy-clad monastery ruins by moonlight, of locked inner rooms and secret dungeons, dank charnel houses and overgrown graveyards, of footsteps creaking upon staircases and fingers tapping at casements, of howlings and shriekings, groanings and scuttlings and the clanking of chains, of hooded monks and headless horseman, swirling mists and sudden winds, insubstantial specters and sheeted creatures, vampires and bloodhounds, bats and rats and spiders, of men found at dawn and women turned white-haired and raving lunatic, and of vanished corpses and curses upon heirs.”
―Susan Hill