Sunday, November 2, 2014

Di Balik Wajah Bucharest: Holiday Hostel Bucharest


Pintu hadapan hostel. Gambar diambil dari Tripadvisor.com
 
Rating:
Aku temui hostel ni dalam Tripadvisor, disenaraikan sebagai hostel ranking nombor 1 di dalam Bucharest bagi special lodgings/hostel. Sekarang 2014 bila Google balik, dah takde dalam Tripadvisor. Tapi boleh bukak website hotel ni terus di http://holidayhostel.ro/ Setelah booking dibuat, pihak hostel terus hubungi melalui email dan bagi welcome email. Sangat courtesy kan? Bersama-sama tu jugak diorang bagi alamat penuh, cadangan transport yang boleh digunapakai nak ke hostel tu dari train station atau dari airport; dan akhir sekali peta tunjuk arah. Hostel ni siap bagi link kat Youtube menunjukkan cara nak ke hostel dari airport. Aku pun beria lah tengok video Youtube dan print arahan macamana nak ke hostel dari airport. Bunyi mudah kan?
 
 

Satu lagi pintu masuk hostel di bahagian yang ada driveway. Gambar diambil dari Tripadvisor.com
 
 
Harga:
Semalam hanya 11 euro/45 RON (sekitar RM46) untuk satu katil dalam bilik dengan 4 katil (katil jenis bertingkat).

Untungnya, masa kami travel adalah musim luruh dan di Barat, diorang duduk rumah je masa ni. Takpun diorang berbackpack ke Southeast Asia. Jadi, hostel tak penuh dan kalau nasib baik, bilik yang kita tempah akan diupgrade secara percuma oleh owner hostel. Tu lah yang jadi kat aku dan Kak Ana. Sesampai di hostel, kami diberi bilik double, dengan 2 katil single. Alhamdulillah. Jimat memang jimat.
 


Lavender menyambut kedatangan kami ke Holiday Hostel. Kellas kan?
 
Lokasi:
Mencari hostel ini diibaratkan seperti ‘finding a neddle in haystack’. Sampai saja aku dan Kak Ana di Otopeni airport, cuaca memang sejuk. Dengan bantuan seorang pakcik yang muka ganas gila tapi rupanya hati budiman, dia bawak kitorang turun ke tingkat bawah airport, beli ‘bilet’ (di Eropah Timur hinggalah ke Turki, tiket disebut bilet. Malahan dalam Bahasa Peranchis pun, tiket disebut billet. Cuma ada penambahan ‘l’ pada orang Peranchis). Asal usul perkataan ni tak dapatlah aku kaji sebab nampaknya perkataan ni wujud seawal zaman Perang Salib lagi. Sesapa yang rajin, bolehlah sambung kajian ni ye. Dia bawak beli tiket lepas aku tunjuk kertas arahan dari hostel dan berkali-kali aku sebut nama stesen yang kami mesti turun iaitu Piata Unirii, stesen terakhir bagi bas ni. Setelah tiket bas dibeli dengan harga  4.30 RON seorang, kami babai pakcik tu dan naik bas. Pakcik dah siap pesan kat driver bas untuk turunkan kitorang kat last station mengikut arahan dalam kertas tu. Tidaklah aku ketahui sesungguhnya sepanjang di Bucharest nanti, memang sangat keraplah kami akan naik turun bas kat stesen Piata Unirii ni. Ambil maklum ye, sepanjang komunikasi kami dengan pakcik budiman muka ganas ni dan juga driver bas, adalah dalam bahasa ayam dan itik. Sebab diorang berdua tak tahu berbahasa Inggeris dan kami pulak konfem la tak tahu berbahasa Romania. Tapi nampaknya, komunikasi ayam itik dua hala kami berjaya apabila bas tu menurunkan kami di stesen Piata Unirii. Ha.ha.ha.ha.

Seturunnya aku dan Kak Ana, bermulalah Amazing Race kami mengikut arahan dalam peta tu, kira-kira macam detour la. Arahan bunyi macam senang:

There is a park across the bus stop, called Unirii Park. Go towards the park, at the park’s gate, take right, cross the street and you will see in your left the Unirii Shopping Centre with the big H&M store on the corner and Dambovita river in the right. Between the river and the shopping centre is Unirii Boulevard, the street that you have to follow. After 5 minutes of walking and passing by Mircea Voda Boulevard, you’ll have to make a left on Anton Pan Street (after you’ll pass F64 store and Berloni), a right on Parfumului street and then, at the first intersection, another left on Romulus Street. You’ll find us at no. 79. Please ring the bell! We have an interphone access.

Maka, berjalanlah kami memikul backpack yang taklah ringan sangat tu. Semua landmarks tu aku jumpa, sampailah ke Berloni, sayangnya kami tak nampak langsung Anton Pan Street. Walaupun ada 2 simpang ke kiri, tapi dua-dua takde nama. Setelah dekat nak 5 orang tempatan yang aku dan Kak Ana tanya, dicampur dengan bahasa ayam itik, kami hampir give up. Penat woi, dengan bag berat dan cuaca sejuk. Lagi cepat kaput. Dekat nak 5 minit kitorang duduk tercongok depan kedai kereta mewah nama Berloni ni, kitorang ambik keputusan nak ikut je lorong kiri yang pertama tu, sebab ke depan sikit dari lorong tu ialah lorong kiri kedua. Somehow ikut logic, dia mesti bertembung jugakkan. Punyalah lega bila kat hujung lorong, aku baru nampak papantanda jalan ni tersorok kat tepi pokok tumbang, terpampang jelas Anton Pan St. Rasa macam bergolek kat situ pun ye. Punyalah happy nampak tanda jalan tu. From there on, terus nampak Parfumului Street and akhirnya Romulus Street dan akhir sekali, ofcos la hostel nye. Puh..bertuah punya jalan. Boleh pulak tanda jalan terkepit kat pokok. Sabor je la! 
 
 
 
 

 
 
Penilaian akhir:
Sepertimana kebanyakan hostel di Bucharest, hostel ni asalnya rumah agam orang kaya-kaya Bucharest masa zaman sebelum komunis dulu. Bila Komunis memerintah, semua harta diorang dirampas dan golongan aristokrat ni banyak yang lari, dan tak kurang juga yang kena executed dengan rejim komunis Ceasescu masa tu. Bila komunis jatuh tahun 1989, kerajaan baru bagi peluang pada keluarga yang ada harta macam rumah atau tanah yang dirampas dulu untuk buat tuntutan dengan mengemukakan dokumen tanah atau pemilikan. Bagi kebanyakan rumah-rumah agam macam ni, tak ramai yang menuntut. Antara sebabnya, keluarga tu dah lari ke luar negara atau dah mati semuanya kena executed. Jadi, bagi rumah-rumah yang tak dituntut, dibuka untuk jualan. Banyaklah entrepreneur yang beli rumah-rumah ni dan jadikan hostel atau boutique hostel. Termasuklah Holiday Hostel ni. Sangatlah cantik rumah ni, siap ada driveway, ada small park yang menghadap bilik-bilik complete dengan French windows, tangga kat dalam berliuk lintuk, siap ada attic yang besar dan diubahsuai jadi bilik, chandeliers cantik-cantik dan pastinya aura lama. Ha.ha.ha. Part tu yang seram. Sebab kita tak tahu apa yang pernah jadi kat dalam rumah ni. Suspens kan? Belum lagi tu..

Keseluruhannya, hostel ni bersih, decoration cantik, staff sangat baik macam Carmen yang peramah dan melayan je aku dan Kak Ana nyembang pasal Romania, Silvia yang sanggup listkan time show Twillight punya movie kat cinema sebab dia tahu aku baca buku Twillight, bilik air yang sangat superb dengan power shower, tub dan bersih macam bilik air kat rumah, dapur yang penuh je dengan makanan walaupun aku dan Kak Ana sekadar minum kopi je (sebab tak tahu halal ke tidak, memandangkan tulisan kat label tu bahasa depa), bilik yang luas, bersih, cantik, tilam sedap, duvet sedap dan yang paling penting ada heater yang besar kat dalam setiap bilik. Tempahan bilik disediakan sarapan percuma. Selain tu, boleh mintak cadangan dan pendapat dari staff kat hostel ini untuk join mana-mana tour yang menarik.
 
 


 
Memandangkan masa aku dan Kak Ana terhad di Bucharest, Carmen cadangkan kami ikut Free Tour yang akan round satu bandar Bucharest. Memang best tour tu dan tak rugi ikut. Bukan tu je, Carmen siap tempahkan tour ke Istana Vlad the Impaler di Brasov untuk kitorang, iaitu destinasi bandar seterusnya bagi kami. Dia tolong tempahkan dengan sebuah hostel di Brasov, iaitu Kismet Dao Hostel dan siap aturkan pick up taxi untuk kami di stesen keretapi Brasov. Itu,nanti aku sambung story.

Pendekata, aku puas hati.
Aku bagi 5 star untuk Holiday Hostel.
It was such a good hostel worth my money.
Kecuali,

…hostel ni ada hantu!

Hahahahaha..


To my mind, the greatest reward and luxury of travel is to be able to experience everyday things as if for the first time, to be in a position in which almost nothing is so familiar it is taken for granted.
– Bill Bryson 

4 comments:

  1. ermmm,ada hantu la pulak..tp hantu org putih ni tak seram lah kot kan (hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantunya tak kacau orang. Jelmaan je. Tapi sangat clear. hehehehe..

      Delete
  2. itu serius ke ade hantu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius. Nantilah satu hari nanti akan dikongsikan gambar hantu tu.

      Delete