Thursday, October 16, 2014

Kisah Kota Istanbul

 
Kunjungan aku ke Istanbul sebenarnya sangat singkat, tak sampai seminggu pun. Sebabnya, aku menjadikan Istanbul sebagai batu loncatan ke Eropah Timur. Jadi, fokus masa tu hanya di sekitar Istanbul saje. Aku hanya ada 2 hari di Istanbul sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Hari pertama 17 Nov masa sampai ke Istanbul (kami sampai dalam pukul 6.15 pagi) dan hari kedua, sebelum malamnya bertolak ke airport untuk penerbangan pagi-pagi buta hari ketiga tu. Maka, sememangnyalah daerah-daerah menarik lain di Turki aku tak pegi. Kata hati, insyaAllah lain kali datang lagi backpack di Turki saja. Baru puas hati.
Pagi sampainya kami berdua di Istanbul, suhu sangatlah sejuk. Pada aku sejuk sangat lah suhu 10 darjah celcius tu. Sampai di Attaturk Airport, terus kami naik metro di bawah airport menuju Sultanahmet. Untuk yang mahu ke Istanbul, ada banyak kawasan yang boleh korang pilih untuk hostel macam Taksim, Beyoglu, Kumkapi, Kadikoy or Taksim. Pada aku, Sultanahmet menjadi pilihan sebab dekat sangat dengan segala tarikan Istanbul macam Blue Mosque, Hagia Sofia, Basilica Cistern, Topkapi Palace dan banyak lagilah. Cuma kawasan Sultanahmet ni bisinglah sikit dengan bunyi hon tram, ferry dan kenderaan lain. Pelbagai jenis penginapan ada di sini. Korang nak bujet, hostel murah bertaburan sekitar sini. Kalau datang dengan family, boleh pilih hotel atau homestay (aku rasa diorang panggil B&B kot). Terpulang pada jumlah rombongan dan bujet. Bagi aku dan Kak Ana, ofcos la kami pilih hostel. Murah dan berbaloi-baloi sebab dekat betul dengan semua tempat yang kitorang list kan wajib pegi. Transport pun dah save kat situ. Kalau ada yang bawak mak atau warga tua yang simpan harapan nak solat jemaah di Masjid Biru, Sultanahmet lah tempatnya korang patut duduk.
Hostel kami masa datang ialah Orient Youth Hostel. Cerita hostel ni, boleh baca kat post Orient Youth Hostel. Betul kata orang, masa travel paling murah ialah penghujung autumn nak masuk winter. Memang murah betul, siap boleh pilih-pilih nak satu bilik 4 orang atau 2 orang. Kalau nasib baik, kita beli yang satu bilik 4 orang, tapi owner upgrade free of charge kepada satu bilik 2 orang. Best kan? Haa..pegilah masa tu.
Sampai di hostel, aku letak bag, mandi, breakfast apa yang ada (masa ni la bekalan makanan sangat berguna ye Tuan-Tuan dan Puan-Puan), pegi kat kaunter hostel dan kutip segala pamplet yang ada. (Kadang-kadang akibat dek sikap tamak yang agak sukar dibendung, banyak je pamphlet yang aku main ambik je, kemudian baca. Lagi teruk, ada je yang aku baca bila dah balik Malaysia). Kemudian kami lepak kejap kat lounge hostel sambil tengok map dan list travel yang aku dah siap-siap buat research berbulan-bulan yang lepas. (Iye, memang aku excited pun). Plan pagi ni, nak target tempat yang dekat sekitar sini. Kitorang pun berjalan perlahan-lahan mendaki bukit dengan gear sederhana, sebab perut dah agak penuh dengan breakfast tadi. Sepanjang jalan tu aku mula nampak kucing-kucing Istanbul yang sangatlah gebu dan gemok. Yang seronoknya, diorang ni jinak gila. Panggil je meow meow, mesti diorang datang gesel-gesel kat kaki. Nak dukung pun diorang tak heran, tapi jangan terkejut ye, agak berat rupanya kucing-kucing sini. Selain daripada kucing-kucing ni (aku nak sebut kucing jalanan, macam tak sesuai je sebab diorang ni sangat bersih, gebu dan gemok. Macam kucing bela. Kalau kat Malaysia, sah orang angkut bawak balik umah ni), aku juga nampak dinding kota Istanbul lama yang dah wujud beratus-ratus tahun, seawal zaman sebelum Constantinople ditawan Sultan Mehmet al Fateh. Masih kukuh lagi dengan laut Marmara yang membiru di belakangnya.

 gemok kucing ni, macam kucing bela



Hadrian Wall, dinding kota lama Istanbul dari zaman Byzantine lagi
 

Semakin hampir ke dataran yang menemukan Topkapi Palace dan pintu belakang Hagia Sofia, semakin ramai muka-muka pelancong aku nampak. Oleh sebab tadi kami dah ternampak delima-delima gemok di sepanjang jalan masa cari hostel, maka wajib sangatlah aku berhenti pekena jus delima fresh dulu sebelum ke mana-mana. Jus ni memang pure, ada manis, ada kelat, ada masam-masam sikit dan ofcoslah rasa delima asli. Cuma aku tekejut beruk dengan harganya, RM10 secawan. Cawan kertas ye, bukan cawan gelas teh mamak. Bayar je la Faa..
Untuk itinerary sekitar Istanbul, korang boleh plan ikut selera. Banyak tempat menarik. Aku sebolehnya nak teroka semua.

Hari Pertama: 17/11/2012
Itinerari:
Hagia Sofiyya Musoleum (bukan Hagia Sofiyya Museum ye, ini 2 bangunan berbeza, sebelah menyebelah), Masjid Biru, Constantinople’s Byzantine Hippodrome, Basilica Cistern (Yerebatan Sarnıçı) dan aktiviti penutup hari pertama, Bosphorus Cruise.

Hagia Sofiyya Musoleum
Entrance fee: Percuma (ya, percuma. Sebab itu kami masuk saja, dong!)
Camera: Boleh ambik gambar kat dalam.
Tarikan: Merupakan kompleks makam-makam Sultan dan keluarga diraja Turki Uthmaniyah. Senibina makam menggunakan marmar Iznik yang menjadi kebanggaan dan simbol Turki.
Kesemua makam terletak dalam bangunan di dalam kawasan Hagia Sofiyya. Senibina kubah serta dinding makam memang cantik. Tak terasa aku sebenarnya berada di kawasan perkuburan. Aku kongsikan gambar untuk tatapan. Kami khaskan Hagia Sofiyya Museum pada hari lain sebab nak cukup masa menghayati keindahan dalaman tempat tu nanti. Bunyi macam kitorang ni arkitek kan? Nak menghayati bagai ha..
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 




Masjid Biru
Entrance fee: Percuma
Camera: Boleh ambik gambar kat dalam.
Tarikan: Masjid pertama di Turki yang mempunyai 6 menara (minaret). Bahagian dalaman masjid dihiasi jubin biru dari Iznik. Masjid ini dibina dari 1609 sehingga 1616 semasa pemerintahan Sultan Ahmed I.
Ini tempat WAJIB. Keistimewaan masjid-masjid di Turki, ialah bila waktu solat masuk, azan akan dialunkan bersahut-sahutan dari satu masjid ke masjid lain di sekitar bandar Istanbul. Azan yang terhasil akan bergema-gema dengan nada yang tak tahu macamana aku nak explain indahnya. Itu memang kena experience sendiri.
Tips: Kalau ambik gambar tu, janganlah sampai melanggar atau menggangu orang yang tengah solat. Hormat sikit ye. Masa nak masuk pulak, bagi yang Muslim ada pintu khas.Korang kena tinggalkan kasut kat loker luar. So, berhati-hati takut tak jumpakasut nanti sebab orang ramai. Bagi yang non-Muslim, ada pintu masuk lain disediakan. Selain tu,untuk yang berhajat nak solat dalam Masjid Biru, tempat ambik air sembahyang agak sukar bagi wanita sebab memang takde tempat khas untuk wanita. Kita kena ambik di paip yang sama dengan orang lelaki di bahagian luar dinding masjid dan pandai-pandailah cover kepala. Kalau nak senang, bawak kain batik untuk selungkup kepala masa ambik air sembahyang. Kain sembahyang pun sila bawak sendiri. Diorang kat sini takpakai kain sembahyang macam kita.

 








Constantinople’s Byzantine Hippodrome
Merupakan kawasan terbuka di hadapan Masjid Biru yang mengunjur sampai ke Hagia Sofiyya. Dulu semasa zaman kerajaan Byzantine, kawasan ni menjadi medan perlumbaan kuda, tempat tunjuk perasaan, tempat perhimpunan, tempat beriadah dan tempat upacara-upacara rasmi serta keagamaan. Sekarang tempat ni dah jadi macam dataran dan kebun bunga. Kat tengah-tengah dataran ni ada satu bangunan kecik berbentuk gazebo yang dari jauh nampak macam tempat ambik air sembahyang. Tapi bila dibaca penerangan yang ada kat situ, rupanya ini bangunan air pancut yang dibina untuk memperingati ulangtahun kedua lawatan King Wilhelm II dari German ke Istanbul pada tahun 1898. Gazebo air pancut ini dibina di German dan kemudiannya diangkut secara berperingkat ke Istanbul. Ia dipasang sepenuhnya di tapak sekarang pada tahun 1900.
 
 
 
 
 
 
 
 



 
 
 
Basilica Cistern (Yerebatan Sarnıçı)
Entrance fee: 10T
Camera: Boleh ambik gambar kat dalam, tapi kena bayar untuk bawak masuk camera. Tripod tidak dibenarkan.
Tarikan: Dikenali juga sebagai Sunken Palace, Basilica Cistern yang dibina pada kurun ke-6 semasa pemerintahan empayar Byzantine King Justinian I merupakan tempat tadahan air terbesar bagi kota Istanbul. Basilica Cistern ini membekalkan system penapisan air untuk Great Palace of Constantinople dan bangunan lain di sekitar Istanbul. Selepas kejatuhan empayar Byzantine akibat daripada penaklukan tentera Uthmaniyah pada 1453, cistern ini terus membekalkan air untuk Topkapi Palace.
Aku tak tahu nak panggil apa tempat ni sebenarnya. Kalau tengok dalam buku-buku pelancongan dan juga penerangan kat pamphlet, diorang sebut cistern.  Aku rasa,orang kita sebut kawasan tadahan air kot. Ok,nak masuk tempat ni, kena turun ke bawah tanah. Tempat ni di bawah tanah, di bawah kota Istanbul, tersebar beratus-ratus kilometre. Suasana kat bawah memang lembap, tapi luas. Sekarang dah tak jadi kawasan tadahan lagi, Cuma air tu memang ada la. Yang tinggal dalam tadahan air tu ialah ikan-ikan yang besar gile. Aku merayap seluruh kawasan walaupun tempat ni pada aku macam ada seram sikit. Hehehe.. tarikan dalam ni ada 2. Satu tiang yang ada kepala Medusa dan kedua, tiang yang kekononnya menangis sebab air mengalir dari atas tak henti-henti ke tiang tu. Ada la lagenda kononnya kena sentuh tiang yang basah tu, tapi sumpah aku geli. Dengan lumut hijau dan tiang tu yang dah beratus tahun, takpe la. AKu tengok je la. Tiang kepala Medusa pulak memang pelik sebab kepala tu terbalik. Besar pulak tu. Macamanalah diorang angkut bawak ke bawah ni.
Tips: Kalau boleh tahan nafsu membeli, jangan beli souvenier kat sini. Mahal. Beli je di Spice Bazaar atau kat kawasan Sultanahmet. Murah dan bersepah-sepah. Benda yang dijual di sini korang akan dapat jumpa jugak di atas nun. So, jangan beli lagi.

 



 
 
 Inilah kepala Medusa yang femes tu






Tiang ni la yang aku tak gamak nak pegang. Geli wei!
 
 





 
 
 


 
Bosphorus Cruise
Pakej: 15 euro
Camera: Suka hati koranglah nak ambik gambar banyak mana pun.
Tarikan: Cruise selama 2 jam sepanjang Selat Bosphorus.
Ini acara WAJIB. Pakej cruise ni boleh ditemui banyak di kawasan Sultanahmet, dari pintu Hagia Sofiyya sampailah ke depan Topkapi Palace. Memang banyak orang yang akan offer pakej-pakej cruise mengikut selera masing-masing. Terpulanglah pada korang untuk pilih. Bagi aku, yang penting aku dapat menyusur Selat Bosphorus, itu sudah cukup. Makan minum atas cruise tu, aku tak heran sangat sebab macam yang aku cakap dalam post sebelum ni la, selera Turki ni tak kena dengan aku. Kurang garam, kurang pedas, tomato je banyak. Sabor je la.
Tips: JANGAN beli pakej cruise online. Mahal. Beli bila korang dah sampai sini. Boleh nego (walaupun harga semua lebih kurang sama je) dan boleh pilih-pilih cruise yang korang suka. Ada the panas dijual kat atas ni. Kalau nak feeling ala-ala Bosphorus, belilah secawan dalam 2T. (*duit kita darabkan dengan 1.80 –masa tu la. Tukaran sekarang pun tak jauh beza kot).




 
 

 
 
 
 
 







 Dolmabache Palace, rumah lama Mustafa Kamal Attaturk. Aku tak sempat masuk pun, tengok dari jauh je. Lain kali la aku pegi.
 





 
Itulah catatan kembara hari pertama aku di Istanbul. Hari kedua menjanjikan ujian stamina yang lagi hebat. Tunggu la aku sambung menulis kat post baru.
 
To my mind, the greatest reward and luxury of travel is to be able to experience everyday things as if for the first time, to be in a position in which almost nothing is so familiar it is taken for granted.
– Bill Bryson

2 comments:

  1. banyaknya info menarik untuk dibuat reference. Thanks ya...angan2 nak gi next year..hehehe

    ReplyDelete
  2. Sama-sama. Istanbul memang best, beza duit pun tak mahal. Happy planning :-)

    ReplyDelete