Thursday, October 16, 2014

Kisah Kota Istanbul: Orient Youth Hostel



 
Hostel ni aku pilih setelah penelitian secara menyeluruh dibuat melalui beberapa laman web febret aku. Untuk tengok rating hostel dan komen keseluruhan dari backpackers lain, aku suka merujuk kepada Tripadvisor: teman sepanjang jalan. Untuk tempahan hostel pulak, aku suka tempah online sebab aku ada masa nak tengok hostel tu dan tak terkejar-kejar cari hostel bila sampai ke destinasi yang dituju nanti. Aku pernah je main redah. Tapi banyak kali jadi di mana aku terpaksa redha je dengan hostel yang ada sebab dah penat dan tak larat nak angkut bag cari hostel lain; di samping sampai dah lewat malam. Biasanya, kalau berjalan area Asia, aku akan menggunakan Agoda atau book direct melalui website hostel tu. Kalau belah belah Eropah pulak, aku akan merujuk kepada HostelWorld, HostelBookers dan website hostel tu terus.
 
Rating:
Rating hostel ni takdelah terbaik, tapi setelah memikirkan jarak yang dekat Hagia Sofiyya dan tempat lain sekitarnya, kat centre Sultanahmet, murah, ada complimentary breakfast dan yang paling penting bagi kota Istanbul; ada rooftop- maka aku terus book.
 
Harga:
Semalaman kami dapat 14 euro sahaja sorang. Masa aku pegi tahun 2012, kadar euro masih rendah sekitar 1 euro = RM4.  Maknanya sorang dalam RM56. Murah kan? Betul kata orang, masa travel paling murah ialah penghujung autumn nak masuk winter. Memang murah betul, siap boleh pilih-pilih nak satu bilik 4 orang atau 2 orang. Kalau nasib baik, kita beli yang satu bilik 4 orang, tapi owner upgrade free of charge kepada satu bilik 2 orang. Best kan? Haa..pegilah masa tu.

Lokasi:
Kisah nak mencari hostel ni memang panjang. Seperti biasa, aku akan print map hostel di samping google jalan nak ke hostel. Tapi, bila dah sampai kat tempat yang sebenarnya, jadi konfius jugak sebab most of the time, map tu mesti tak betul punya! Ada landmark yang nampak dekat tapi sebenarnya jauh. Lorong kiri, jadi lorong kanan. Makanya, bergilir-gilirlah aku dan Kak Ana mentafsir map hostel yang aku print dari Hostel Bookers tu. Berpusinglah kami pagi shapiee tu meredah angin sejuk kota Istanbul, lalu depan Masjid Biru, nampak bumbung Hagia Sofia, sempat main kejar-kejar dengan burung merpati dan ternganga tengok buah delima Istanbul yang gemok-gemok gila. Dalam ertikata lain, kami tak jumpa lorong nak masuk ke hostel. Nasib pelancong takde lagi time tu. Dengan bag galas sama besar dengan tuan, dengan day pack pun macam sama penuh isinya, selambe kami redah depan dataran Masjid Biru area Hippodrome tu mencari Orient Youth Hostel. Aduihaii..setelah turun naik bukit di sekitar kawasan Topkapi Palace dan Hagia Sofia, dan bertanyakan pada beberapa orang pakcik yang aku sempat lagi telek biru-biru matanya; akhirnya nampak jugak bendera merah hostel ni dari jauh. Alhamdulillah, sampai jugak setelah dekat nak 20 minit terhangak-hangak sekitar kawasan Sultanahmet tu. Bila dah settle down bag-bag dan bersiap-siap nak keluar balik, baru kitorang sedar sebenarnya ada jalan dekat. Sepatutnya turun je dari tram tadi, kami cross jalan dan belok kiri jalan turun bukit sampai nampak hostel. Caitt!! Kitorang punyalah cross jalan, belok kanan, ternganga kejap tengok Masjid Biru, belok kiri, berhenti tengok buah delima, belok lagi, belok lagi, sampailah jumpa hostel dari arah hujung yang berbeza. Penat woo..Nak sedapkan hati aku, aku ingat balik orang kata, kalau backpack ni tak sesat, kira tak boleh graduate la. Sesat barat memang normal. Kurang sikit rasa bengang sebab sesat pagi tu. Hahaha..
 
Penilaian akhir:
Mamat-mamat yang kat meja receptionist memang friendly. Sebenarnya diorang tak sediakan air panas, kecuali kat café diorang. Nak nak bila kitorang mintak tengah malam sebab nak makan maggee cup. Tapi disebabkan diorang baik, selambe je diorang suruh kitorang ambik sendiri kat dalam pantry yang sebenarnya khas untuk staff hostel je. Alhamdulillah.
 
Dari segi kebersihan bilik, OK. Bilik air kat luar sebab kitorang takde private bathroom. Bilik air bersih, cuma diorang pasang lampu automatic. Dia pandai padam sendiri bila tak dapat detect movement orang. Cuba bayangkan bila aku duduk termenung kat dalam jamban (sambil menunggu sesuatu) hehehe, tetiba lampu terpadam. Hah! Mau tak melompat aku.
 
Diorang banyak tawarkan pakej-pakej dengan harga yang agak bagus. Cuma satu je yang aku tak puas hati, bus charter ke airport mahal sangat. Kat depan hostel ni pun ada café diorang. Cozy je. Kawasan sekitar sangat convenient, banyak kedai-kedai runcit yang boleh beli air, topup telefon, atau call card, buah-buahan dan macam-macam lagi la. Ada jugak jual poskad, setem dan kat kaki lima sepanjang lorong, ada orang jual souvenier dengan harga yang murah la jugak.
 
Jadi, kalau korang nak bajet dan hostel yang ok; Orient Youth Hostel boleh la korang cuba.

To awaken quite alone in a strange town is one of the pleasantest sensations in the world.
– Freya Stark

5 comments:

  1. yeay dah update! part sesat cari hostel dengan beg besar berat bagai tu mmg seksa jiwa raga..hihi #pegimampuhmulemok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..berzaman kan nak tunggu update. Memang seksa pun bila sesat barat, nak nak kalau bab naik bukit. Redah aje lah!

      Delete
  2. Salam... Dari hostel ni senang tak dapat transport/shuttle ke/dari Sabihah Airport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Hostel ni memang ada sediakan khidmat shuttle ke airport. Kitorang tak naik sebab nak pegi sendiri naik tram. Boleh baca kat sini: http://iamfaa.blogspot.com/2014/10/kisah-kota-istanbul-derita-oh-derita.html

      Delete
    2. Thanks Faa... Nanti SS baca dan fahamkan semula...

      Delete