Thursday, October 16, 2014

Kisah Kota Istanbul: ♪ Derita oh Derita.. ♪


He who is outside his door has the hardest part of his journey behind him.
– Dutch Proverb
 
Hari Kedua: 18/11/2012
Itinerari: Istanbul Archaeological Museum dan Topkapi Palace.
 
Akibat daripada duduk di dek atas kapal sepanjang 2 jam cruise hari pertama, angin sejuk Istanbul hampir menkaputkan aku. Sejuk menggigil aku bila sampai hostel, kepala pening satu macam mungkin sebab angin dah naik ke kepala dan lepas mandi je, aku telan Panadol, terus tidur. Alhamdulillah pagi kedua di Istanbul, kepala aku dah ok. Lepas je breakfast free tajaan hostel tempat kitorang tinggal, terus kami naik dulu minum kopi kat rooftop. Ini acara WAJIB, melainkan hujan. Memang feeling macam dalam cerita ‘Taken 2’ tu. Liam Neeson je yang tak ada. Semua hostel di kawasan Sultanahmet ni memang ada rooftop, tak kira hostel bujet atau hotel berbintang-bintang. So korang jangan malu-malu. Pastikan korang breakfast kat rooftop. Ambik kesempatan yang ada untuk bergambar atau ambik gambar. Baru Istanbul!
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
Hari kedua, aku dan Kak Ana nak relax and easy sebab petangnya kitorang nak menggalas bag ke airport. Ini jugak bermakna, trip ke Hagia Sofiyya ditangguhkan ke tarikh balik nanti, memandangkan kitorang akan pitstop Istanbul jugak 2 hari sebelum balik ke Kuala Lumpur. Banyak masa lagi,  kata Kak Ana. Lagipun, flight ke Bucharest esok awal pagi.  Jadi, tenaga kena simpan. Lagipun kitorang tak dapat bujet lagi berapa jauh kitorang nak menapak nanti ke airport.
 


 
 
 
Istanbul Archaeological Museum
 
 
 
Entrance fee: 10 T sorang
Camera: Boleh bawak masuk dan ambik gambar sebanyak yang korang suka. Tapi tripod dan flash tak boleh pakai ye.
Tarikan: Artifak seawal zaman Byzantine sehinggalah ke zaman Turki Uthmaniyah
Apa yang paling menarik di muzium ni, ialah taman ala-ala Greek di perkarangan muzium. Penuh dengan patung-patung lama zaman Byzantine dan yang paling famous ialah kepala Medusa. Kisah kepala Medusa ni aku ada baca dulu, tapi sekarang dah tak ingat. Cuma, kalau korang pegi ke Basilica Cistern iaitu tempat takungan air bawah tanah Istanbul, korang  akan jumpa kawan kepada Medusa yang kat muzium ni di sana; iaitu kepala Medusa yang dijadikan tiang di situ. Yang menjadi kepelikan orang ialah macamanalah Kaisar Rome masa tu angkut tiang berkepala Medusa tu dari Rome ke Constatinople (nama lama Istanbul), sebab kepala tu sangatlah besar dan berat. Aku pulak, takde la pelik sangat sebab kalau orang Mesir boleh bina pyramid yang berbongkah-bongkah tu, apa sangatlah setakat 2-3 bijik kepala Medusa tu. Berbalik pada cerita taman muzium tadi, memang membuatkan aku rasa macam ada di Olympus, Greek. Chewaah.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
Dekat pintu masuk, patung separuh badan atau ‘bust’ Mustafa Kamal Attaturk menyambut aku. Dalam muzium memang suram, mungkin penataan cahaya yang kurang kot. Tapi di dalam tu, penuh dengan keranda-keranda lama zaman Byzantine. Keranda ni omputeh panggil ‘sarchopagus’. Sebab ianya keranda batu yang diukir mengikut karekter si mati dan si mati diletakkan di dalam tu. Banyak sangat dan aku suka tengok ukiran yang sangat halus bagi setiap sarchopagus tu. Dulu ada warna, tapi setelah beratus tahun, hanya tinggal warna tanah saje. Tapi muzium ni ada buatkan simulasi warna di bahagian penerangan sarchopagus yang menunjukkan keranda ni dalam warna sebenar. Cantek. Pendekata, kalau korang minat sejarah macam aku, wajib masuk muzium ni. Tapi kalau tak minat, toksah la bazir 10T. Korang bukan minat pun..
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
Tips: Kedai cenderamata kat dalam ni banyak barang unik. Kalau ada barang muzium ni yang korang berkenan, beli je la. Sebab ada yang unik, aku tak jumpa kat luar. Contohnya macam mug muzium ni, sesetengah bookmark yang unik, peta-peta lama dan lukisan-lukisan. Yang selebihnya macam magnet dan bookmark yang biasa, kat luar bersepah k.
 
Topkapi Palace
 
 
Entrance fee: 25T
Camera: Boleh bawak masuk, tapi dalam bangunan-bangunan pameran, tak boleh guna. Kena simpan. Ada polis/pengawal muzium berkawal di setiap penjuru.
Tarikan: Tinggalan sejarah kegemilangan pemerintahan Turki Uthmaniyah
 
 









 
Ini tempat WAJIB pegi. Topkapi Palace wajib dimasuki walaupun korang tak minat sejarah. Kalau ke Istanbul tak masuk Topkapi, serupa tak payah datanglah Istanbul. Kalau nak ikutkan artifak-artifak, tak banyak pun seperti yang aku bayangkan selama ni. Tapi cukup untuk menggambarkan betapa hebatnya sebuah empayar Islam satu ketika dulu. Bilik-bilik pameran terletak dalam bangunan-bangunan yang berbeza. Kena beratur untuk memasuki bangunan-bangunan ni. Aku dan Kak Ana memang gigih beratur selagi boleh. Ada satu bangunan pameran ni fokus kepada Islam iaitu Kaabah, peralatan perang Rasulullah S.A.W dan para sahabat serta artifak-artifak para Anbiya’. Yang lain-lain adalah tinggalan Turki Uthmaniyah macam takhta emas, pinggan mangkuk emas, batu-batu permata dan macam-macam lagi. Gambar tak boleh ambil di dalam bilik pameran. Selain tu, adalah bangunan-bangunan yang dulunya dapur istana, kuarters wazir, kuarters dayang-dayang, bilik dobi, library Sultan dan bilik-bilik yang aku pun tak tahu untuk apa sebab banyak sangat. Hajat aku nak tengok bedroom Sultan tak kesampaian, sebab aku pun tak tahu mana bilik tidur dia.
 

 
 
 
 
 

Tips: Besar Topkapi ni, aku ambil masa 5 jam untuk menjelajah Archaelogical Museum dan Topkapi Palace sahaja. Tapi memang berbaloi. So, kalau boleh pastikan korang datang awal pagi. Beli tiket pun beratur tau. Cenderamata macam biasa, hampir semua barang dalam kedai cenderamata ni boleh didapati di luar dengan harga yang jauh lebih murah.
 
 
 
 
 
 
 
 

Setelah seharian merayap ke dua kawasan ni, barulah kitorang mencari makanan untuk isi perut yang dah berdendang sayang. Makanan di Istanbul ni senang nak dapat. Aku dan Kak Ana memilih untuk makan kebab sambal menghadap Masjid Biru. Teh panas kitorang beli dekat penjual teh yang berlegar-legar di kawasan Hippodrome tu. Memang sampai bila-bila pun aku takkan lupa perasaan masa makan late lunch tu. Nantilah aku cerita lain kali.
 
Memandangkan flight esok pagi di airport Sabiha Gokcen, aku dan Kak Ana memutuskan nak tidur je kat airport malam tu. Sampai je hostel petang tu, kitorang tibai maggee cup dulu sorang secawan sebelum angkut bag ke kawasan ruang legar hostel. Aku pun tanyalah mamat yang jaga kat kaunter tu, kot kot ada chart bus murah ke Sabiha Airport. Harganya dalam 35T. Mak ai.. mahainya. Setelah bermusyawarah bersama-sama, kitorang sepakat nak menapak naik tram ke airport. Kalau ikut Tripadvisor, ramai je yang naik bas kat Taksim. Makanya, tiba misi seterusnya untuk mencari jalan ke Taksim.
Dari hostel tu, kami menapak mendaki bukit yang curam ke kawasan depan Sultanahmet untuk ambik tram. Masa lebih kurang pukul 4 petang. Pendakian tu sangatlah perlahan dek bag kitorang yang berat amat dan stamina yang dah separa pancit sebab merayap pagi tadi. Berpeluh-peluh dan kembang kempis la hidung aku dan Kak Ana nak menyampaikan ke stesen tram Sultanahmet. Stesen tram ni kat tempat tram berhenti masa mula-mula aku sampai hari tu. Aku dah story kan macamana nak beli tiket dan topup tram ni dalam post yang lepas. Kalau nak merayap satu Istanbul, sampai ke belah Asia nun, korang belilah kad tram ni. Senang gile.
 
Jalan derita dari Sultanahmet ke Sabiha Gokcen Airport
Sultanahmet – Kabatas (tram); 1.95T
Kabatas – Taksim (furnicular); 1.95T
Taksim – Sabiha Gokcen Airport (Havatas bus) 12T
Total: 15.9T berbanding harga bas catar ke airport Sabiha 35T *beza,memang beza!
 
Dari Sultanahmet, kami kena naik tram arah ke Kabatas. Tiket sekali click kat mesin tu, harganya 1.95T. Aku dah beli roti siap-siap kat kiosk stesen tu untuk bekalan makan malam tu. Kalau tengok laman web http://www.sleepinginairports.net/europe/istanbul_sabiha.htm, Sabiha ni ok untuk bermalam. Security tak kacau dan airport tak ditutup. Jadi, kitorang naiklah tram ke Kabatas. Stesen yang turun tu pun namanya Kabatas. Sepanjang berbelas pitstop tu, kitorang berdiri. Tram penuh petang-petang dan tak sampai hati nak duduk. Menyusahkan orang je dengan bag besar kitorang ni. Jadi, berdiri je la buat muka sadin. Badan dah rasa macam masuk half marathon. Sabor je la.
Sampai di Kabatas, keluar dari tempat tram, kitorang melulu ikut orang nak melintas. Mujur ada pegawai tram yang panggil kitorang dan tanya nak ke mana. Mungkin dia dapat bajet kitorang nak ke airport dengan bag berbondong-bondong tu. Salah jalan ni katanya. Dia tunjukkan jalan bawah tanah pakai escalator ke stesen furnicular. Tq sir. Kalau tak, konfem sesat. Dari situ, ada keluarga Arab yang turut turun guna escalator yang sama. Aku cakap Inggeris, dia tak paham. Kak Ana try pun dia tak paham. Penyudahnya kitorang cakap ayam itik tapi dia paham la yang kitorang nak ke Sabiha. Aku pastikan sebutan Sabiha tu mengikut nahu dan makhraj yang betul. Hahaha..Dia buat bahasa isyarat suruh kitorang ikut dia sekeluarga. Aku dan Kak Ana ikutlah sampai ke kaunter tiket furnicular. Furnicular ni pun boleh guna kad tram tadi. Harga sama macam tram, 1.95T. Kami naik je furnicular yang penuh sesak tu, keluarga Arab tu pun dah hilang dalam lautan manusia entah ke mana. Nasib sempat cakap tq masa kat kaunter tiket tadi. Pastikan furnicular ni arah ke Taksim. Nasiblah ada escalator nak naik turun dalam stesen furnicular ni.
Sampai Taksim, keluarlah kitorang dari perut bumi ke atas Dataran Taksim. Jalan sikit dalam 100 meter, ada nampak banyak bas-bas. Di situlah bas-bas ke airport parking. Melilau mata cari Havatas Bus. Memang banyak pun. Tiket tak payah book. Kami beli terus je dalam bas, naik dulu dalam bas bayar. Harga tiket dari Dataran Taksim ke Sabiha Gokcen Airport ialah 12T. Masuk je bas, aku tak larat dah nak loading pemandangan kiri kanan yang dah menjelang senja tu. Dengan badan yang penat gila, bahu yang rasa macam nak tercabut dan kaki yang terketar-ketar, aku selamat tidur dalam masa yang sekejap gile, tak sempat nak tunggu bas jalan pun. Aku pun tak sedar bila aku bayar tambang bas kat konduktor bas yang hensem siap pakai kot tu. Sampai Sabiha, Kak Ana kejutkan aku. Aku tak dapat agak berapalama perjalanan dari Taksim ke Sabiha, sebab aku tertidur sepanjang jalan. Sampai di Sabiha, hari pun dah dekat nak pukul 8 malam. Lepas bawak turun bag, aku cari troli. Kali ni, kitorang ada 2T untuk sumbat masuk dalam troli tu. Hahahaha..nasib ada syiling. Kisah bermalam di airport dan perjalanan ke Bucharest, aku sambung nanti la.
 

2 comments: