Friday, May 9, 2014

Dari Istanbul ke benua Eropah: routes

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ  

Susah betul aku nak bagi komitmen untuk menghabiskan cerita kembara Istanbul-Eropah yang dah bertahun berlalu ni. Jadi, kali ni aku akan sambung tentang route kembara tahun 2012. Keputusan nak ke Eropah melalui Istanbul diambil secara sepakat antara aku dan travel partner aku, Kak Ana. Memandangkan jalan ke Eropah lebih murah dan terbuka luas dari Istanbul, aku terus beli tiket MAS dari KL ke Istanbul pada bulan September 2012. Perjalanan yang dirancang pada awal November 2012. Ada banyak tiket penerbangan lain yang jauh lebih murah dari MAS macam Etihad dan Qatar. Tapi sebab aku prefer flite direct, maka MAS lah pilihan yang sesuai. Harga tiket dapat sekitar RM1800 kalau tak silap aku. Dapat murah sebab beli awal, biasanya tiket MAS ke Istanbul dari RM2200-RM2800; ikut nasib.

Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Istanbul kemudiannya bersambung ke benua Eropah. Aku akan ceritakan route perjalanan aku dulu dan post-post tentang tempat-tempat tu akan menyusul kemudian. Sepanjang merancang dan buat research tentang route ni, memang banyak kali pindaan dibuat atas banyak sebab. Train takde  la kat area situ la, bus takde la, ada bus tapi tak pegi next destination kitorang la, takde hostel murah la, macam-macamlah lagi. Akhirnya, setelah berbulan-bulan merancang dan menderita gila bayang sebab asyik je berangan sepanjang masa pasal trip ni; inilah route final yang kami follow dan Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi, selamat balik dengan seribu satu macam pengalaman yang sarat dengan erti kemanusiaan. Yang paling penting, kembara ni memenuhi range bujet yang dirancang iaitu RM10,000.

Inilah kembara 23 hari ke 9 buah negara 13 buah bandar; dari Timur ke Eropah dengan belanja all in RM10,000.
 

Kuala Lumpur - Istanbul - Bucharest - Brasov - Budapest - Prague - Vienna - Zagreb - Dubrovnik - Ljubljana - Zurich - Besancon - Paris - Istanbul via Basel

 
Pemandangan kota Istanbul dari Selat Bosphorus


1. KL - Istanbul: Sampai di Istanbul, terus menuju ke Sultanahmet area sebab kami booked hostel area tu bagi memudahkan nak berjalan-jalan. Post utk Istanbul, boleh tengok kat Jalan ke Kota Istanbul, Tribute to the Cats of Istanbul, Bazaar di Istanbul dan Makan A La Turca.



The Blue Mosque yang sangat tersohor itu.
 



Sisi Asia Istanbul yang sangat jarang pelancong minat nak pegi disebabkan kepadatannya.




 
Sabiha Gokcen Airport yang ala ala LCCT Malaysia untuk penerbangan separa antarabangsa ke benua Eropah sahaja. Yang flypgs.com tu la pesawat yang kami naik. Pegasus nama penuhnya.

 
2. Istanbul - Bucharest, Romania: Setelah 2 hari di Istanbul, kami ke Bucharest dengan pesawat Pegasus (one way ticket dalam RM120 sorang). Kalau book awal, lagi murah. Perjalanan menngambil masa dalam 1 jam 15 minit. Sebenarnya, dalam banyak-banyak review negara yang aku baca, Romania lah yang paling banyak dapat komen negatif, even dari penulis mat salleh sekalipun. Diorang kutuk habis-habis Romania. Dengan tak selamat la, gipsi jahat-jahat la, senang kena samun la, dalam train pun boleh kena samun la, orangnya tak friendly la, negara kotor, ekonomi terukla dan macam-macam lagilah sampai aku naik pening baca. Jadi, kunjungan ke Romania ni untuk aku dan Kak Ana tengok sendiri macamana sebenarnya keadaan Romania ni. We want to judge Romania by ourselves, not by others writings. Maka, berangkatlah kami 2 bersaudara ke ibu negara Romania yakni Bucharest. Locals panggil Buchurestii. Cerita lanjut, akan aku susul kemudian ye. Buat masa ni aku ada semangat nak menulis ringkas-ringkas aje.

 
Bandar Bucharest berlatarbelakangkan group free tour yang aku join dan juga antara library tertua di Romania milik Universiti Bucharest. Nama penuh universiti ni aku dah tak ingat.
 
 


Tiket dari Bucharest ke Brasov. Siap bagi time estimation tu.
 
 

  
Scenery sepanjang perjalanan ke Brasov memang ala ala dalam Lord of The Ring masa diorang lalu ikut gunung ganang nak ke Middle Earth. Sangatlah cantik. 


3. Bucharest - Brasov: Dari Bucharest, kami ke bandar peranginan yang terkenal dengan istana-istana lama kononnya milik Vlad the Impaler dan antara tempat main salji kos rendah di Europe ni. Kami naik train dari Gare de Noord ke Brasov, tiket dalam berapa Ringgit ntah. Aku dah lupa, nanti aku cek balik notes aku. Perjalanan dalam 2 jam 40 minit. Tujuan sebenar ke Brasov ni sebab nak naik train ke Budapest, sambil singgah ke istana-istana lama ala ala Dracula di situ.
 

Nun atas bukit sana, Rasnov Fortress namanya. Kota lama Vlad the Impaler kalau ikut local legend. Kalau google, Rasnov Fortress ni adalah antara tempat paling berhantu di Eropah.
 
 






Bandar Brasov yang di kelilingi pergunungan Wallachia. 

 
4. Brasov - Budapest: Inilah perjalanan keretapi terpanjang dalam hidup aku setakat ni, 13 jam 40 minit. Kami memilih seat second class sebab second class pun dah mahal. Dah memang rezeki agaknya, orang memang hampir takde yang travel dari Brasov ke Budapest. Jadinya sebilik tu aku dan Kak Ana je. Makanya, aku ambik 3 seaters, Kak Ana ambik another 3 seaters. Apalagi, kami baring buat macam rumah sendiri la! Train ni unik sebab sebijik macam Hogwarts Express dengan bilik-bilik dengan 3 seaters seat facing each other. Dalam bilik tu ada tempat gantung kot, meja kecil, adjustable music knob, temperature knob, heater knob dan jugak charger plug. Toilet kat hujung setiap gerabak, memang bersih dan yang penting ada sinki. Train bertolak dari Brasov sekitar jam 10 malam. Hatta nyenyaklah kami tidur sepanjang jalan ke kota Budapest. Nanti aku cerita panjang lagi ye.


Inilah train kami nak ke Budapest. Nampak macam old skool, tapi dalamnya cantik dan selesa. Sebijik macam Hoqwarts Express.
 

5. Budapest - Prague: Setelah 2 hari di Budapest, perjalanan diteruskan dengan train jugak ke Prague. Perjalanan mengambil masa dalam 6 jam 50 minit. Berhenti je kat Central Station Prague, terus ambik tram ke hostel. Haa, cerita mencari hostel ni pun lawak jugak. Nanti aku story. Kat Prague ni, siap jumpa kawan berjalan lagi, 2 orang Chinese girls dari Malaysia. Punyalah happy diorang jumpa kitorang dan kitorang jumpa diorang. Rasa macam balik kg.

Walaupun usaha untuk mengesan hostel kami di Prague Old Town telah dicemari dengan insiden sesat, tapi kami berempat tetap tabah menggalas bag yang Tuhan je la yang tau beratnya. Macam dah berjanji, hotel 2 kawan tadi tu berdekatan dengan hostel aku dan Kak Ana. Cumanya harga hotel ofcosla lagi mahal berganda dari hostel kami yang bujet ni. So, it's all about choice. Lagi tinggi darjat accomodation tu, lagi besarlah nilai duit yang keluar. Pada aku, asalakan bersih, selamat dan selesa; hostel pun dah memadai. Kata backpacker sejati..







Bandar Budapest dari Parliament.
 


Stesen keretapi Budapest Keleti.



 

Itulah Knightsbridge yang terkenal di Budapest yang menghubungkan Buda dan Pest yang dipisahkan oleh Sungai Danube.


 
6. Prague - Vienna: Destinasi seterusnya sebenarnya ialah Zagreb, tapi sebab takde train yang direct dan flite pulak mahal yang amat; kami pun naiklah train ke Vienna. Sampai Vienna, kami beli pulak train ke Zagreb. So, dari Prague ke Vienna adalah dalam 4 jam 30 minit. Disebabkan aku dan Kak Ana betolak dari Prague dalam pukul 2 petang, sesampainya kami di Vienna, rupanya tiket ke Zagreb, esok pagi je yang ada pukul 6 pagi. Terpaksalah kami bermalam di Vienna. Kat mana? To be continued..
 



Astronomical Clock, Prague Old Town.
 
 
 
Charles Bridge dari jauh, Vltava River Prague.
 
 


Charles Bridge, Prague.
 


 
7. Vienna - Zagreb: Train bertolak dari Station Wein Meidling jam 6 pagi dan sampai di Zagreb Glavni Kolod 7 jam selepas tu. Kunjungan ke Zagreb sangat bermakna buat aku sebab aku akan bertemu muka dengan kawan poskad aku yang dah dekat 2 tahun aku kenal hanya melalui surat-surat dan poskad; Vanessa. Punyalah happy V bila tau aku nak ke Zagreb dan punyalah happy aku bila dapat masukkan Zagreb dalam list destinasi kembara kali ni. Dipendekkan catatan, V dah siap-siap tunggu aku kat stesen keretapi Glavni Kolod masa train kami perlahan-lahan memasuki stesen utama Zagreb tu. Terkinja-kinja jugaklah aku melambai-lambai kat V yang nampak kecik je dari jauh. Kemudiannya, aku tanya dia, macamana yang dia boleh over konfiden aku lah orang yang dia lambai masa train tak berhenti pun lagi masa tu. Jawapan dia senang je; dia kenal aku sebab style tudung. Hahaha..itu akibat banyak sangat tengok gambar kat fb. Walaupun tak penah jumpa, tapi dah macam tengok hari-hari.
 

Tiket train dari Vienna ke Zagreb. Ya Rabbi mahalnya padahal bukan sleeper coach pun. Terbang 50 euro aku.
 
 


 Pemandangan sepanjang jalan dari Vienna ke Zagreb.
 
 
 
Croatia semakin menghampiri musim sejuk waktu ni. Itu yang nampak pokok banyak gondol dan rumput dah mula menguning.
 
 

 
 
 Ini antara stesen keretapi yang teruk dibedil masa Perang Yugoslavia 1990 dulu: Koprivnica. Pekan ni dah agak dekat dengan bandar terakhir Croatia yang jatuh ke tangan Serb, Vukovar. Sampai sekarang menara air bandar Vukovar yang hancur dibedil tentera Serb dikekalkan sebagai peringatna kepada kekejaman sebuah peperangan kepada bangsa manusia. Aku nampak kelibat menara Vukovar tu dari dalam train. Cuma tak sempat nak shoot proper. An eerie reminder of a long cruel war.
 
 
 
 
8. Zagreb - Dubrovnik - Zagreb: Trip ke Dubrovnik wajib kalau korang dah ada kat tanah Croatia ni. Katanya, Dubrovnik antara tempat tercantik di dunia. Nasib baik aku jumpa tiket flite murah dengan Croatian Air. Return tiket nanti aku cek berapa RM ye. Flite ni memakan masa sejam. Ada jalan lain ke Dubrovnik; naik bas atau train. Tapi train akan melalui Banja Luka iaitu bandar yang termasuk dalam Republic Sprska (republik tak sah yang wujud selepas Perang Balkan 1990; ditubuhkan oleh Serbia). Malaysian susah nak masuk ke Serbia, kena apply visa kat kedutaan/konsulat Serbia nun di Singapore atau Indonesia sebab Malaysia takde kedutaan/konsulat diorang ni. Kami pun memang tak apply visa memikirkan banyak info negatif yang diterima dari students Malaysia yang cuba masuk ke Serbia. Mungkin lain kali la aku try masuk Serbia ni. Bus pulak terlalu panjang perjalanannya, hampir sehari suntuk dalam bas; sedangkan aku bujet nak short trip je ke Dubrovnik. Itu yang kami pilih flite. Cepat dan murahla jugak. Cukup 2 hari di Dubrovnik, kami fly balik ke Zagreb dan menghabiskan masa sehari lagi di Zagreb sebelum meneruskan kembara ke destinasi seterusnya.
 

 

Bandar Zagreb baru (Zagreb New Town) dari atas bukit Zagreb Old Town.
 
 


Dubrovnik.
 
 


Laut Adriatik.
 








 
9. Zagreb - Ljubljana: Kami beli tiket ada 2 pitstop, Zagreb ke Ljubljana dan seterusnya Ljubljana ke Zurich. Train bertolak pagi dari Zagreb ke Ljubljana. Perjalanan ini antara yang terpendek iaitu hanya 2 jam 20 minit. Kami meround satu bandar Ljubljana sebelum sambung naik train ke Zurich malamnya.




 
 
The green dragon of Ljubljana.
 
 
 
 
 
 
10. Ljubljana - Zurich: 12 jam 10 minit aku dan Kak Ana terseksa dalam train paling mahal yang kami beli ni. Sebabnya, train penuh, tiket mahal yang amat dan seat macam train biasa (takde bilik-bilik ala Harry Potter lagi). Maka tegaklah kami tidur duduk saling menghadap selama 12 jam lebih tu. Tulang belakang tak payah ceritalah, punyalah sakit. Rasa macam bengkok pun ye. Dah lah hampir sepanjang perjalanan budak-budak remaja German mana ntah memekak macam orang kampung baru masuk bandar. Saborr je la. Satu-satunya perkara positif dalam journey kali ni, ialah salji yang ditunggu-tunggu turun halfway to Zurich. Aku bukak je mata dalam pukul 3 pagi tu, terus aku nampak lereng-lereng bukit kat kampung Swiss tu berbalam-balam berkilau-kilau. Aku tengok betul-betul, salji rupanya. Alhamdulillah, sampai jugak hajat nak tengok salji.




 
Salji hari pertama di Zurich.

 
11. Zurich - Besancon: Zurich menyambut aku dalam dakapan salji memutih. Sekurang-kurangnya berjaya lah memujuk hati yang sakit dengan bebudak German dan belakang yang sakit dek duduk selama 12 jam tu. Bandar Zurich putih dengan salji hari pertama dan aku puaslah main salji kat luar stesen keretapi sampai menggigil-gigil. Zurich ni macam Vienna jugak, sekadar bandar persinggahan untuk loncatan ke destinasi sebenar iaitu Besancon. Jadinya, aku sekadar round stesen keretapi dan pegi tasik kat depan stesen tu je. Lain kali ada rezeki, aku datang lagi khas untuk Zurich. Train dari Zurich ke Besancon melalui Mulhouse Ville iaitu bandar sempadan antara Switzerland dan France. Sepanjang perjalanan 3 jam tu, aku tengok putih je salji. Sampai Besancon, rupanya salji dah start turun sehari yang lalu. Rezeki nak rasa salji la nampaknya. Besancon dipilih sebab Kak Ana dipelawa anak muridnya, Amin untuk stay kat apartment dia. Alhamdulillah, jimat hotel 3 hari kat France. Sebab Amin jugaklah senang kami merayau ke Paris dan balik ke Istanbul dengan train lompat-lompat yang jauh lebih murah dari train Mulhouse tu. Baik budak Amin ni, semoga panjang umur, murah rezeki dan lulus cemerlang hendaknya ye Amin. Merci.



 
 
12. Besancon - Paris - Besancon: Sekali lagi kami naik train ke Paris. Memang aku akui, kami suka betul naik train. Lain feeling dari naik bas. Lagi adventure kononnya. Besancon ke Paris mengambil masa 2 jam 40 minit. Seharian di kota fesyen dunia memang melekakan. Sedar-sedar dah malam dan baliklah semula kami ke Besancon.

 
 
 
 
 
14. Besancon - Istanbul: This is the final length or our 23 days journey through Europe. Kami naik train lompat-lompat dari Besancon ke Basel selama 2 jam. Dari Basel Airport, aku dan Kak Ana naik EasyJet ke Istanbul selama 5 jam 40 minit. Hujan lebat gile menyambut aku dan Kak Ana di Istanbul. 2 hari seterusnya kami round bagi puas bandar Istanbul, sebelum fly balik ke tanahair tercinta.





 
15. Istanbul - KL: Selamat tinggal Istanbul. Panjang umur jumpa lagi.
 
 
 

Galata Bridge, Istanbul.


“We travel, initially, to lose ourselves, and we travel, next, to find ourselves. We travel to open our hearts and eyes. And we travel, in essence, to become young fools again—to slow time down and get taken in, and fall in love once more.”
Pico Iyer




9 comments:

  1. Salam kenal!

    Sila la update pasal trip ini sbb tgh buat plan nak menjelajah bumi balkan next year. btw cantik gambar2.love it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Thankssinggah baca blog ni :-)
      InsyaAllah akan di update selepas raya ni.

      Delete
  2. Salam. Thanks for the sharing info. Nice exploration. :) nak Tanya, Dari Bucharest tkde direct train ke Budapest ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Dari Bucharest ada direct train tapi masa tu, kami tak dapat cari yang ikut timing kami. Journey hours dari Bucharest ke Budapest pun lama sangat, di samping tiket yang mahal. Itu yang kami ambil keputusan merayap ke Brasov.

      Delete
  3. salam faa,

    pls sambung cerita travel ke europe. i'm planning to go backpacking dari istanbul to europe jgk maybe early next year. hope you can continue your log especially on cross-border transportation between the countries. tq in advance! dah lama tunggu update ni :)

    siti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,
      InsyaAllah I'll be updating soon. Nak cari mood menulis tu sangatlah susah. Tapi sebab banyak sangat posting tertunggak, I'll see what I can do ;-) And, thank you for stopping by, ya!

      Delete
  4. Assalammualaikum..
    Bestnya backpack ..salute sbb berani
    Len kali nak ikot ����

    ReplyDelete
  5. assalamualaiku...plan nak backpack gan hubby jer...dlm hati ada rasa takut² jga..

    ReplyDelete