Monday, September 9, 2013

Makan A La Turca


Habis cerita pasar, aku nak masuk bab makan-makan pulak kat Istanbul ni. Kat Istanbul ni, memang senang nak makan, cuma selera la mungkin berbeza. Kawasan hostel yang aku duduk di Sultanahmet memang sangat hampir dengan Topkapi Palace, Hagia Sofya dan juga Masjid Biru. Itu juga bermakna banyak tempat makan. Cukup dengan berjalan kaki sahaja. Soal makan di Istanbul, senang. Roti ada pelbagai jenis, minuman jus buah-buahan pilih yang mana suka, kebab memang merata, teh panas secawan pun boleh dapat di mana-mana dan kedai makan memang bertaburan di sekitar Sultanahmet ini. Tepuk dada tanya selera nak makan apa.

 

SIMIT
Makanan kebangsaan Turki, memang aku tak tahu. Tapi, berdasarkan pemerhatian aku, simit adalah salah satu simbol harian kota Istanbul. Simit adalah sejenis roti gelung bulat yang ditabur dengan biji bunga matahari atau bijan. Penjual simit ada di serata kawasan Sultanahmet ini. Gerai mereka lebih kurang macam dalam gambar di bawah ni.  Harganya murah, satu simit beharga dalam 1 Lira. Rotinya kosong saja, sekali tengok macam roti Auntie Anne tp lebih besar dan keras. Aku mencuba simit dan adalah dekat 2 jam aku mengunyah tanpa rela simit ni. Kesimpulannya, simit bukan selera aku.
 



BUAH DELIMA
Makanan kedua yang menarik minat aku ialah minuman jus delima. Turki sebagai sebuah negara yang mendapat sipi-sipi angin Mediterranean, dikurniakan dengan pelbagai pokok buah-buahan unik. Buah paling termahsyur di Turki ini, ialah buah delima. Delima Turki sebesar penumbuk lelaki dewasa, isinya merah bersinar, jusnya merah darah dan sangatlah sedap. Kedai jus delima juga ada di merata-rata. Yang paling unik ialah alat pemerah jusnya yang sangat simple. Alat ini sekali tengok macam cop stamping Pejabat Tanah atau dekat Pesuruhjaya Sumpah, Cuma dalam saiz yang 4 kali ganda lebih besar. Buah delima akan diletakkan di tempat kertas biasanya diletakkan, dan alat ni akan mengepit buah itu sampai lenyek. Buah ni memang diperah sekali dengan kulit tanpa terlebih dahulu dikupas. Jus delima yang keluar dari sebiji buah memang banyak. Jus jatuh terus dalam cawan, dan bila kita beli secawan, bermakna kita dapat jus yang diperah terus dari alat ini. Rasa jus delima sangat sedap, manis buah tapi ada rasa pahit sikit, mungkin sebab terperah dengan jus kulitnya sekali. Secawan jus delima beharga sekitar 7-10 Lira. Mahal kan? Cawan jus delima pertama aku di Istanbul beharga 10 Lira. Lepas minum baru terkesima bila pikir balik kelogikan harganya. Tapi memikirkan kesedapan dan originalnya jus delima ni, aku redha je la. Nasib baik, cawan-cawan jus delima seterusnya yang aku temui di sekitar Istanbul beharga murahlah sikit daripa 10 Lira yang pertama tu. Nak buat macamana, kalau pegi tempat orang memang tak sahlah kalau tak merasa sekali dua kena tipu, kan?






GRAPEFRUIT
Selain dari jus delima, ada banyak lagi jus-jus dari buah-buahan Mediterranean yang hidup subur di Istanbul ni. Antara yang paling jarang jumpa orang buat jual jus kat tepi jalan di Malaysia ialah buah grapefruit. Memang terbaik dari ladang!
 




TURKISH DELIGHTS
Bagi manisan pulak, Istanbul lah syurganya. Manisan Istanbul memang terkenal seantero dunia. Nama jolokan manisan Turki yang selalu kita dengar ialah Turkish Delights. Sebenarnya, ada beratus jenis manisan yang mungkin omputeh tak tahu nak sebut macamana, jadi diorang kumpulkan sekali dan sebut je Turkish Delights- senang! Tempat terbaik untuk beli manisan Turki yang pelbagai ni, ialah dekat bazaar. Bazaar pilihan aku ialah Spice Bazaar. (Cerita pasal bazaar ni ada aku kongsikan dalam post Bazaar di Istanbul.) Manisan yang terkenal ialah baklava. Kalau ke Istanbul, mesti kena try baklava. Sedap baklava Istanbul memang lain dari baklava tempat lain. Cuba la baru tau. Bagi yang travel light atau budget light, memadai dengan beli sekotak dua manisan ni untuk dibawa balik. Buat semua merasa, jadilah.


TURKISH LOLLIPOP
Selain dari Turkish Delights, ada satu lagi manisan kanak-kanak yang terkenal di Istanbul. Aku tak ingat namanya sebab aku tak berapa paham apa yang budak jual manisan ni sebut. Jadi, aku panggil Istanbul lolipop aje la ye sebab bentuknya macam lollipop. Penjual Istanbul lollipop ni ada di sekitar kawasan Sultanahmet dan nak kenal senang sebab akan ada mangkuk pusing di hadapan diorang berisi pelbagai warna manisan yang nampak macam dodol. Istanbul lollipop ni sebenarnya lagi lembut dari dodol dan dimasak dengan warna-warna yang berlainan. Lollipop yang aku beli ada 4 warna; oren, merah, hijau dan ungu. Apa yang aku maksudkan dengan mangkuk besar ialah macam mangkuk pusing raya yang kita selalu letak kacang atau condiment untuk mee kari tu (macam dalam gambar di bawah). Bila kita beli, budak yang jual ni akan ambik batang buluh yang diraut nipis (tebal lagi dari lidi cucuk buah) dan lilitkan manisan ni pada batang buluh tu. Dia akan pusing manisan yang lembut tu satu persatu dekat batang buluh tu sampailah jadi macam lollipop seperti di bawah. Satu lollipop harganya 1 Lira. Rasanya sedap sebab tak manis sangat pun dan warnanya memang menarik. Cubalah nanti!








NASI BERLAUK
Selain dari makanan yang aku sebutkan di atas, ada banyak lagi sebenarnya makanan unik lain. Kalau di kedai-kedai, ada pelbagai lauk masakan Turki. Pada malam terakhir kami di Istanbul, kami makan besar di sebuah restoran Istanbul. Hampir semua lauk pelik kami ambil, tapi kesimpulan tentang masakan Turki ni mudah saja bagi aku; masakannya kurang pedas dan banyak manis. Memang susah nak mencari satu menu yang pedas di Istanbul, nak jumpa cili dalam makanan apatah lagi. Sayur yang wajib ada dalam semua jenis masakan ialah tomato. Jadi, korang bayangkanlah betapa tumpulnya selera aku masa di Istanbul (sebab aku tak boleh makan kalau tak pedas). Apakan daya, adat orang mengembara, telan saja lah.

the last supper
 
 
 
SALATA
Turki juga ada banyak jenis sup dan salad. Pengalaman pertama aku dengan salad ialah pada hari pertama di Istanbul. Cuaca sejuk, perut lapar dan kaki pun dah lenguh berjalan. Kami pilih restoran pertama yang kami nampak di tengah-tengah Sultanahmet. Aku memang nak makan pedas dan Kak Ana pun nak makan pedas. Memandangkan nasi takde, kami sepakat memilih makanan dalam menu yang ada tulis 'spicy'. Aku pilih spicy shrimp salad dan Kak Ana pilih something spicy sandwich. Aku dah lupa nama sebenar makanan tu. Aku imagine mestilah salad ni penuh dengan udang yang kalau tak gemok pun, at least sederhana besar. Yang anti-klimaks nye, rupanya salad aku ni guna undang kecik-kecik. Sekali jeling macam udang geragau pun ada. Yang dikatakan 'spicy' tu diorang letak lada besar. Aduh..telan aje la.


korang tengoklah udang-udang 'cute' tu. Alahai..



ini lah sandwich Kak Ana yang nampak pucat gile tu. Kak Ana pun sama, telan aje la Labu..

 
 
 
SUP
Sup di Turki akan membuatkan korang tertanya-tanya apalah yang diblender sekali dalam tu. Tapi rasanya boleh tahan la sedap. Cuma kalau angan-angan nak makan sup ekor atau tomyam macam kat Malaysia, memang takkan jumpalah. Setakat yang aku jumpa di Istanbul ni, sup semua ala ala blender sekali harung. Mungkin ada sup yang sedap, tapi aku tak sempat cari dalam kembara ke Istanbul kali ni. Ini lah satu-satunya sup yang aku cuba di Sabiha Gokcen Airport lepas kami sampai dari Basel, cukuplah nak mengisi perut sementara sampai ke kedai yang lebih proper sikit kat Sultanahmet.


aku panggil ni sup blender skali harung

 
 
STREET FOOD
Kedai makanan tepi jalan pun banyak dan murah di Istanbul. Pilih je ikut selera. Ada gerai jual buah-buahan siap perah jus segera, ada gerai jagung bakar, ada gerai sandwich dan hotdog, ada orang jual teh panas pikul, ada hot coklat dalam flask dan macam-macam lagi la. Aku balun je apa yang aku nampak. Semuanya ditanggung halal. InsyaAllah.






 
 
SARAPAN PAGI
Kesimpulannya, dalam banyak-banyak makanan, yang paling aku suka: breakfast. Sebab? Sebab free. Hahaha. Bagi yang berbackpackers tu, silalah tengok betul-betul dan pastikan harga bilik yang dibeli tu sekali dengan breakfast. Selalunya hampir semua hostel bagi breakfast percuma kat Istanbul ni. Breakfast a'la Istanbul mana-mana hostel pun, lebih kurang sama je menunya. Air ada pilihan kopi, teh, capucchino dan jus buah-buahan. Makanan terbahagi kepada beberapa course yang boleh diambil sekali harung. Iaitu roti panjang dengan pelbagai jenis jam dari Strawberry, Pine Honey, Honey, Acasia Honey, Coklat, Butter, Blueberry sampailah ke Blackberry. Aku cuba semua jenis sepanjang di Istanbul. Lepas tu ada disediakan telur rebus, tomato dan timun, untuk dimakan bersama keju, garam, lada hitam dan tak lupa, buah wajib di Istanbul ni, buah zaitun. Untuk yang selera Mat Salleh, boleh pilih dari pelbagai jenis muesli dan oat (siap susu segar lagi!). Itulah secara ringkasnya sarapan pagi di Istanbul. Semuanya percuma. Bagus kan?


Breakfast di the Orient Youth Hostel, Istanbul
 
 

Breakfast di the Cheers Hostel, Istanbul

 
Tips:
1. Kalau nak sedap makan,bawaklah sos cili dalam peket (boleh dapat di McD atau Kentucky atau beli sendiri kat Giant).
2. Ataupun, kami bawa Brahim dan mee segera dalam cawan. Penat balik berjalan, ambik mee segera, letak air panas, tunggu sekejap biar lembut dan makan. Mee segera, cepat dimasak, sedap dimakan!
3. Masa pilih hostel, pastikan ada breakfast included.
4. Beli kat gerai tepi jalan lagi murah dari restoran.
 
 
Akhir kata, apa pun yang kita makan sepanjang mengembara, mulakan dengan:
 
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ  



6 comments:

  1. salam...bila nak sambung citer ke istanbul - europe lagi? best sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ana,

      Terima kasih singgah membaca. Sebenarnya nak menulis ni, punyalah lama nak cari mood.
      InsyaAllah, akan disambung selepas raya :-)

      Delete
  2. Assalamualaikum sis, berminat dengan tulisan sis mengenai tour ke Istanbul. Nak tanya, dari turun train tu, jauh tak nak berjalan ke Orient Youth Hostel tu? Tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,
      Sebenarnya kalau tak sesat, dekat je dan menurun bukit. Senang nak cari. Kitorang sesat, sebab tu yang lama. Dalam 10 minit jalan kaki perlahan-lahan.

      Delete
  3. rm10000 tu seorang diri ke atau whole group?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM10,000 untuk sorang. Itu cover semua sekali: flite, transport, makan, hostel, belanja shopping dan makan. Kalau jenis yang memang tak suka beli souvenier atau shopping, mungkin dapat spend less than RM10,000.

      Delete