Saturday, September 7, 2013

Bazaar di Istanbul

Salam Zulkaedah..
Lama betul cerita Istanbul ni berhenti. Cukup lama sampai kawan aku yang plan nak ke Istanbul hari tu pun, dah selamat ke sana. Mungkin dah nak balik ke Malaysia dah pun. OK la, aku ada banyak sangat benda nak sembang pasal Istanbul, sampai tak ketahuan mana satu nak mula dulu. Tapi memandangkan minggu ni aku minat sangat nak cerita pasal pasar, jadinya aku mulakan dengan bazaar di Istanbul.
 
Kata orang, kalau ke Istanbul tapi tak ke bazaarnya,samalah macam tak pegi langsung ke Istanbul. Kata aku pulak, kalau ke tempat orang tapi tak ke pasarnya, samalah macam kita berjalan dalam kepompong kita saja. Berjalan untuk memerhati tapi tak ikut serta dalam pengalaman tu. Pasar ialah nadi sesebuah masyarakat atau bandar. Di pasar kita akan jumpa pelbagai jenis orang tempatan, budaya tempatan, makanan dan produk tempatan serta pemandangan harian yang mungkin kita takkan nampak kalau kita menghabiskan kebanyakan masa dalam muzium atau dalam bas pelancong. Sebab itulah juga aku suka jalan berbackpack begini, senang dan tidak terikat. Bebas nak ke mana pun dalam satu hari tu dan boleh berhenti di mana-mana. Contohnya, terasa dahaga,kami berhenti minum di gerai jalanan yang menjual teh atau kalau terasa lapar, kami singgah makan di kedai merata kawasan situ. Mudah kan?
 
Jadi, di Istanbul ini, nadinya ialah bazaar. Ada banyak bazaar di Istanbul, yang kalau semua aku pegi, mungkin sehelai sepinggang aku balik ke tanahair. Jadi, aku ceritakan tentang 2 saja bazaar yang aku tahu di Istanbul ini; Grand Bazaar dan Spice Bazaar. Nak pegi yang mana satu?
 
 
GRAND BAZAAR
Kalau nak pegi tengok bazaar yang dah wujud beratus tahun sejak zaman Turki Uthmaniyyah lagi (atau mungkin dari zaman Byzantine lagi), pergilah ke Grand Bazaar. Grand Bazaar penuh dengan sejarahnya, ambik gambar tiga empat keping, jalan-jalan keliling, tengok ragam manusia dan keluar dari situ. Amaran aku, jangan beli apa-apa dari Grand Bazaar sebab harga di sini memang sangat mahal. Ini tempatnya untuk cuci mata sahaja.
 
Bagi aku pulak, hasil dari pembacaan blog-blog kembara ni, aku memilih untuk tidak pergi langsung ke Grand Bazaar. Sebab setahu aku, mana-mana design pasar (bazaar) pun, sama je. Jadi, baik terus pegi ke bazaar yang memang kita tahu murah, dari membuang masa berpusing-pusing di tempat yang memang konfem aku takkan beli apa-apa.
 
 
Tips:
Kalau peniaga di situ ajak masuk kedai, ajak minum teh secawan dua, tunjuk karpet-karpet tebal depa atau testing manisan yang ada, JANGAN! Sebab nanti korang akan terperangkap untuk membeli secara paksa. Kalau memang tak mahu beli apa-apa, jangan peduli langsung dengan diorang ni. Itu memang style dia kat Istanbul ni.
 
 
SPICE BAZAAR
Bazaar yang selalunya disyorkan oleh orang kalau ke Istanbul ni, ialah Spice Bazaar. Spice Bazaar ni terletak jauh dari Sultanahmet.
 
pintu masuk ke Spice Bazaar
 
 
Pandu arah:
- Kena ambik tram ke arah Kabatas dari Sultanahmet dan berhenti di Eminonu.
 
- Turun di situ, belah kanan ialah laut dan terminal feri dan belah kiri ialah deretan bangunan.
 
- Lintas ke sebelah kiri menuju ke bangunan yang nampak macam masjid. Itu memang masjid (malahan hampir semua design masjid di Istanbul ni nampak lebih kurang sama dengan marmar Iznik yang terkenal tu). Masjid itu ialah masjid Mahmud Pasha yang dikatakan mempunyai marmar Iznik tercantik dan terbanyak di dalam Istanbul.
 
- Kalau dari masjid ni, jalan terus ke depan, akan nampak macam dataran lapang yang penuh dengan burung merpati hitam.
 
 
 
 
- Dari situ, mesti korang akan nampak pintu masuk ke Spice Bazaar. Pintunya kecil dan mungkin tak nampak kalau tak pandang betul-betul.
 
 
Spice Bazaar menjual barang-barang yang sama dengan Grand Bazaar, cuma bazaarnya kecil dan dipenuhi oleh orang tempatan. Harganya juga lebih murah, tempat yang sesuai untuk ‘people watching’, dan silap jalan, korang mungkin sesat di lorong-lorongnya yang berselirat tu. Di sini pun, rule membelinya tetap sama. Jangan mula tawar menawar kalau tak bersungguh sangat nak membeli sesuatu barang tu, dan jangan duduk minum teh kalau memang tak berniat nak membeli langsung dari kedai tu.
 
 
Tips:
Cara aku, jalan-jalan dulu, pusing tempat tu dan dalam masa sama pastikan barang mana yang korang minat. Sekadar tanya je berapa harga barang tersebut tanpa menyentuhnya dan buatlah perbandingan harga. Kalau dah betul-betul dapat kedai yang memang korang minat, apalagi, silalah tanya harga dan minta diskaun.
 
Berdasarkan pengalaman aku jugak, orang Turki ni tak berapa suka kalau kita tawar menawar. Biasanya dia dah bagi harga, kita beli, dia bagi kita testing (kalau makanan la), kita puji lebih-lebih sikit, dia kira harga, kemudian sedar-sedar dia memang akan bagi diskaun masa dia kira tu. Biasanya diskaun tu hampir potong ¼ dari harga keseluruhan barang. Murah kan? Itu berdasarkan pengalaman aku la. Kalau manisan, kita dah minat nak beli, walaupun nak beli sikit je, tapi dia akan bagi kita rasa banyak jenis. Tak beli takpe, janji ada beli barang dari kedai dia. Cakap pulak kita dari Malaysia, dia lagi suka.
 
Untuk tawaf satu Spice Bazaar, masa yang aku ambik adalah dalam 2-3 jam. Itu sebab kami berjalan sampai ke belakang bazaar, yang merupakan pasar harian dan pasar basah warga Istanbul. Macam-macam yang kami temui, daripada pelbagai jenis manusia sampailah ke barangan yang pelik-pelik. Satu barang yang unik ialah set teh. Rupanya orang Istanbul memang suka sangat beli set teh; set yang ada teko kecil dan cawan-cawan kecil. Kebanyakan set teh ni adalah kaca. Aku berhajat nak beli, tapi memikirkan beg tak sesuai nak simpan, aku lupakan saje hasrat membeli. Tengok ajelah. Tengok gerai jual ikan pun seronok. Ikan macam-macam jenis hasil dari perut laut Marmara, buah-buahan Mediterranean seperti grapefruit, delima, pelbagai jenis citrus dan ada juga gerai bergerak menjual teh panas. Pendekata, pengalaman sehari di bazaar dan pasar Istanbul memang menarik bagi aku. Sayangnya, masa tu hujan renyai-renyai sepanjang hari, jadi tak dapat aku abadikan apa yang aku nampak melalui lensa. Takut kamera demam kena hujan.
 
buah delima sana memang sehat-sehat macam diorang ni..
 
 
 
Barangan yang dijual di dalam Spice Bazaar ni, memang pelbagai. Yang paling mendominasi scene bazaar ni tentunya manisan. Macam-macam warna, rasa dan bentuk. Mata aku naik juling memilih manisan dan bila mencuba, semuanya rasa sedap. Tapi, dalam banyak-banyak manisan, baklava lah yang paling sedap sekali di lidah aku. Selain tu, ada beberapa jenis Turki Delights lain yang memang sedap sebab ada campur dengan yogurt manis; sayangnya aku dah tak ingat namanya. Menariknya, kita boleh pilih nak banyak mana, minimum ½ kilo dan maksimum ikut suka hati korang la. Dia akan potong manisan ni ikut saiz yang kita mahu (kalau tak mahu potong pun boleh), dan dia akan letak dalam kotak kayu khas untuk manisan. Kalau nak buat hantaran kawin pun boleh, atau gift bagi kawan-kawan. Dia akan susun cantik-cantik, nanti balik rumah kita balut je dengan riben. Kemudian dia akan seal siap-siap kotak dengan plastik kedap udara. Lagi banyak kita beli, lagi banyak kita dapat extra atau free. Harganya murah nak dibandingkan dengan Turkish Delights yang dijual di Malaysia. Kalau ada yang mahal pun, justifikasi aku senang dalam memujuk hati sendiri; ala..kat Malaysia mana ada yang macam ni dan kalau ada pun, mesti mahal amat. Otomatiknya, aku akan beli juga. Hahaha..
 
 
ini manisan Turki mampu milik: murah, sedap dan siap ada kotak lagi
 
 
 
hahaha..ini Turkish Delights kasta tinggi. Tapi lagi sedap!
 
 
 
Selain manisan, produk kedua Spice Bazaar ialah teh. Seperti yang aku sedia maklum, masyarakat Arab dan Turki khususnya memang tak boleh dipisahkan dengan teh. Dah menjadi budaya diorang minum teh ni. Teh di Istanbul ada pelbagai jenis, malah ada yang tak terpikir pun dek akal sebelum ni. Contohnya teh bunga raya, teh bunga taik ayam dan teh rose. Teh yang paling menakjubkan aku ialah teh rose. Bentuknya sangat unik, iaitu kuntuman-kuntuman rose yang belum kembang lagi dengan warna pink atau merah lembut, siap dengan kelopaknya yang bewarna hijau lagi. Menarik kan? Tapi teh rose jugalah antara the termahal di bazaar ni, malahan di mana-mana bazaar pun begitu. Teh di sini amnya terbahagi kepada 3 kategori; the buah-buahan, teh bunga-bungaan dan teh rempah. Bagi aku yang sememangnya hantu teh ni, memang sukarlah membuat pilihan dalam membeli teh. Akhirnya aku beli 1kg teh apple, serba sedikit teh dari jenis-jenis yang lain dan malangnya tak cukup bujet nak beli teh rose. Sebab harga ½ kg teh rose mahal lagi daripada harga 1 kg teh apple. Apa boleh buat, memandangkan hati berkehendakkan barang-barang lain lagi, teh rose terpaksa aku tinggalkan dengan hati yang bungkam. Memang sampai ke hari ini aku masih kempunan teh rose. Jadi, kalau ada rezeki lagi ke Istanbul, aku akan pastikan teh rose barang pertama yang aku beli nanti. InsyaAllah.
 
Selain dari manisan dan teh, ada rempah ratus dari seluruh Turki. Rempah yang paling terkenal, tentunya za’faran atau nama glamournya saffron. Inilah rempah yang menjadi rebutan pedagang satu masa dulu, inilah juga rempah yang menjadi sebab kerajaan-kerajaan berdaulat dijajah, negara-negara berperang, perluasan kuasa Barat menghampiri empayar Timur dan terkenalnya pelabuhan Melaka. Inilah rempah raja segala rempah: saffron. Seplastik kecil saffron sangat mahal harganya di Malaysia, malah mungkin sukar sangat ditemui. Tapi di Istanbul, walaupun harganya tidaklah murah, tetapi jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga pasaran di Malaysia. Jadi, kepada sesiapa yang memang suka masak nasi beriani atau nasi hujan panas, atau paella, atau apa-apa masakan Timur Tengah yang memang pakai saffron ni, beli ajelah sikit buat syarat.
 
Cenderamata bersepah dalam bazaar ni. Pilih mana yang berkenan, berhati-hati memilih harganya dan jangan sampai kena tipu. Antara cenderamata unik Istanbul ialah lampu ala-ala Arabian Night, Turkish shawl, pinggan-pinggan berukir pelbagai saiz, lapik gelas marmar Iznik, aksesori rekaan tempatan, sejadah dan banyak lagi. Selain dari tu, barangan unik lain ialah set teh dengan pelbagai design pada harga yang murah, barangan dapur, periuk kuali, kain-kain ela dan macam-macam ada.
 
 
aku tengok frame n piring-piring ni, teringat kat mak aku. Tapi apakan daya, backpack aku pun dah nazak sangat beratnya time nak balik ni. Lain kali la mak ye..
 
 
 
Pesan aku, kalau ke bazaar,bawalah duit banyak-banyak bagi mengelakkan kekurangan barang belian atau kemurungan di kemudian hari.
 
Selamat berbelanja fellow travellers!

6 comments:

  1. saffron tu kira cmner ek?? mahal tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saffron tu kira timbang. Yang dah siap packing pun ada. Harganya murah nak dibandingkan dengan harga kat Malaysia.

      Delete
  2. bestnya, sy baru balik dari turki.

    jemput singgah blog, masih newbie lg..hek2.

    ReplyDelete
  3. lampu lampu tu range harga berapa in malaysia ringgit?? saya nak stand by duit ,, :)

    ReplyDelete
  4. Tumpang tanya harga pinggan turki berapa harga dalam lira

    ReplyDelete
  5. Mmg mahal pun kt grand bazar. Rege kt luar separuh harga lg tu. Thanks for the tips.

    ReplyDelete