Sunday, June 30, 2013

Jalan ke Kota Istanbul

 
"Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya".
- Rasulullah S.A.W
 
 
Entry kali ini ialah tentang kota bernama Istanbul. Sebuah kota lama yang dari dulu dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan seribu satu macam kisahnya. Pengembaraan kali ni sememangnya sudah terlalu lama aku rancang tapi berkubur separuh jalan. Bila aku bertemu Kak Ana dan bersembang tentang angan-angan untuk mengembara sejauh mana yang mampu kami pergi, sekali lagi route pengembaraan ini masuk menjadi topik utama kami. Terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Ana sebenarnya, yang berperanan menghidupkan kembali angan-angan aku ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.
 
Istanbul merupakan kota terbesar dalam negara Turki. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian Eropah dan bahagian Asia, kota ini telah menyaksikan peralihan 3 kuasa hebat dunia menguasainya silih berganti; bermula dari Empayar Rom, Empayar Rom Timur dan akhirnya Empayar Uthmaniyyah sehinggalah kejatuhan empayar tersebut  pada 1923.
 
Kota ini diasaskan oleh Constantine I sebagai ibu kota empayar Byzantine dan dinamakan sebagai Constantinople. Constantinople berada pada kedudukan strategik menyambungkan antara Timur dan Barat, sekaligus menjadikannya sebuah kota yang paling direbuti sepanjang sejarahnya. Malahan Constantinople turut menarik perhatian Admiral terkenal Peranchis, Napoleon Bonaparte yang mengandaikan jika dunia ini sebuah negara, maka Constantinople adalah yang paling layak menjadi ibu negaranya.
 
Pada tahun 1453, akhirnya Constantinople jatuh ke tangan empayar Islam, iaitu Empayar Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Muhammad al Fateh. Kejatuhan Constantinople ke tangan Sultan Muhammad al Fateh sememangnya telah dinanti-nantikan sejak peperangan Khandak lagi. Constantinople di bawah pemerintahan Sultan Muhammad al Fateh telah diberikan nama baru iaitu, Istanbul hinggalah ke hari ini.
 
 
 
map credit to brownanddevery wordpress blog
 
 
 
Istanbul dipilih sebagai destinasi mukaddimah memandangkan sememangnya Istanbul adalah pintu masuk termurah ke Eropah (bagi aku la). Dari Istanbul, jalan-jalan terbuka luas ke kota-kota lain Eropah, terutamanya Eropah Timur. Tiket dari KL- Istanbul memang banyak pilihan, cuma perlu bijak beli masa harga murah. Bagi aku dan Kak Ana, 3 perkara penting diambilkira. Murah dan masa perjalanan minimum. Sebolehnya, cuba sedaya upaya mencari direct flight ke Istanbul. Dengan izinNya juga, dapatlah kami 2 tiket flight MAS penerbangan terus ke Istanbul dengan masa perjalanan minimum 11 jam. Kisah yang aku nak kongsikan kali ini ialah tentang perjalanan dari KL ke Istanbul secara verbatim.
 
Tips: Beli tiket awal. Mintak cuti awal. Duit secukupnya.
 
 
Kadar tukaran wang
Ringgit Malaysia (RM 1) = Turkish Lira (0.61 TRY)
Ini ialah kadar semasa yang berubah-ubah. Tapi secara mudahnya,
1 TRY = RM1.64
Murahkan?
TAPI, ada beza dengan rate dekat money changer. Kadar money changer mahal sikit dari kadar biasa. Kadar diorang,
1 TRY = RM2.20
 
Tips: Untuk dapatkan tukaran sebenar, elakkan tukar dekat money changer, tapi bawak kad ATM (kad Maybank, atau bank-bank lain). Boleh cek dengan bank masing-masing berapa rate kalau withdraw ATM dari luar negara. Jangan lupa maklumkan pada bank bila nak keluar negara supaya bank boleh benarkan pengeluaran ATM di luar negara dibuat). Kalau Maybank, rate charge ialah sekali withdraw RM10. Tapi untuk Citibank, kalau withdraw di ATM Citibank juga, tiada charge withdraw dikenakan. Kalau rasa tak confident, tukar la sikit dengan money changer, kemudian sampai Istanbul, silalah withdraw di ATM. Selalunya, di airport berlambak ATM. Pilih mana suka ;-)
 
 
 
 
Aku dan Kak Ana memang mengambil risiko dengan tak tukar langsung Lira di Malaysia. Ini pun baca tips dari blogger yang lain (TQ pada mereka). Sampai di airport Atatürk, terus kami withdraw guna ATM. Senang dan jimat. Terbaik! 
 
 
Atatürk Airport / Istanbul Atatürk Havalimani (nama lamanya Yesilkoy Airport)
Mendarat di Istanbul Atatürk Airport, suhu sejuk mula terasa. Perkara pertama ialah dapatkan troli letak beg. Malangnya, troli di airport ni bukan percuma macam di KLIA. Satu troli kena masuk syiling 2 Lira (2 TRY) supaya troli boleh berjalan. Letak balik troli di tempatnya, dapat balik 2 Lira. Memandangkan kami memang takde 2 Lira, pikul la backpack tu mencari ATM. Jumpa ATM, terus withdraw duit. Kalau siapa yang guna Maybankcard, terus ada nama kita keluar kat skrin ATM tu. Tak kiralah ATM mesin bank apapun. Hebat jugak Maybank ni.. 
 
 
Atatürk - Sultanahmet
Ada pelbagai cara nak ke pusat bandar dari airport. Shuttle bus, taxi atau metro. Nak sewa kereta pun boleh. Kami mengambil jalan paling murah, iaitu dengan menaiki metro. Metro di istanbul ni samalah dengan LRT/Komuter di KL nun. Nama saja lain. Metro dari airport ke Sultanahmet , kena tukar sekali metro (kami duduk di area Sultanahmet. Kalau yang duduk area lain, boleh berhenti di area berkenaan. Tengok saje peta Metro, mesti ada).
 
 
 
 
Caranya:
1) Beli kad Metro dari mesin seperti di bawah - 10 Lira
* ini harga kad sahaja. 1 kad boleh digunakan seberapa ramai yang boleh. Jadi, beli satu saja. Kalau token habis, boleh topup saja di mana-mana mesin token Metro. Kad ni boleh bawak balik Malaysia buat souvenier :-)
 
 
 
 
2) Beli token (kira macam kredit isi dalam kad Metro ni) - 10 Lira
*biasanya boleh dapatkan map percuma dari information counter dekat mesin beli Metro kad ni
 
 
 
3) Naiklah Metro. Stesennya terletak di tingkat bawah tanah airport. Ikut saja signboard ke stesen Metro.
 
4) Naik dari Ataturk Havalimani (airport ni). Metro tu akan tulis Aksaray kat depan dia. Dari airport ni, ada lebih kurang 5 stesen sebelum sampai ke stesen yang kena ganti Metro line T1, iaitu stesen Zeytinburnu. Turun di Zeytinburnu.
 
5) Di Zeytinburnu, terdapat 2 line iaitu T1 (ke kawasan Grand Bazaar, Blue Mosque, Eminönü and Kabataş) dan T2 (ke Bağcılar).  Metronya lalu di landasan yang sama dan hanya akan berpisah pada cabang jalan di depan. Oleh itu,kena pastikan naik Metro yang betul untuk line yang betul.
 
6) Jadi, untuk ke kawasan Sultanahmet, ambil Metro dengan nama Kabataş di depannya.
 
 
Metro rail map credit to www.istanbultrails.com
 
 
7) Ada 14 stesen sebelum tiba ke stesen Sultanahmet. Pastikan turun di stesen Sultanahmet,iaitu stesen ke 15 dari Zeytinburnu.
 
8) Sebaik saja turun, di sebelah kanan ialah kawasan Masjid Biru, manakala sebelah kiri ialah deretan kedai-kedai makan, kedai cenderamata dan pejabat-pejabat agensi pelancongan. Dari sini, bolehlah bergerak ke hostel atau hotel masing-masing. (sila rujuk dengan pihak hostel masing-masing untuk mendapatkan tunjuk arah atau peta ke hostel).
 
 
di sinilah Metro akan berhenti: stesen Sultanahmet

 
 
Semoga sedikit sebanyak dapat membantu. Oh ya, kalau bawak beg troli lagi senang naik Metro ni. Kami yang berbackpack depan belakang ni pun Alhamdulillah selamat naik Metro ni. Yang penting tahu tempat berhenti, jaga barang-barang dari penyeluk saku (manalah tahu, malang tak berbau) dan kalau beg banyak, elakkan duduk di kerusi. Bagi laluan dan tempat duduk untuk penumpang-penumpang lain. Parking je beg kat tepi dan berdiri. Nanti tengok pemandangan bandar Istanbul buat pertama kali, lupa lenguh berdiri.)
 
 
Untuk kisah-kisah lain kota Istanbul, aku sambung kemudian hari.
InsyaAllah.

7 comments:

  1. salam,

    sy just nk tanya,adakah exchange rate atm kat istanbul lagi murah dr money changer kat sana. sbb bank ni akan kenakan interest pada pengeluaran kita, tu belum withdrawal charge lg. tq.

    ReplyDelete
  2. embun,

    Maaf, lambat respon. Mengikut pengalaman saya, memang money changer kat sana pun mahal dari atm sebab setiap perniagaan money changer tu, diorang akan ambik untung untuk setiap note yang ditukar. Saya ada jugak tukar sedikit euro masa perjalanan balik, sangat rugi dan macam biasalah, syiling mereka tak mahu terima.

    Exchange rate termurah pada saya ialah melalui atm. Kalau embun ada kad Citibank atau mana-mana bank international lain yang ada atm di Istanbul, seperti Standart Chartered; dan withdrawal dibuat juga di mesin atm bank yang sama dengan kad tu (contoh: kad Citibank keluar kat atm Citibank) memang takde charge langsung. Saya dah try dan dalam statement memang tiada charge. Tapi, kalau withdraw kat mesin bank lain, adalah withdrawal chargenya depend on the banks. Sepupu saya guna kad Maybank, withdraw di mana-mana mesin atm bank apa-apa sekalipun, charge yang dikira ialah setiap kali withdrawal, charge rm10 dikenakan.

    Itu saja. Pada saya memang mudah.
    Harap jawapan dapat membantu ;-)

    ReplyDelete
  3. salam.. nak tanya.. hotel2 di istanbul tu ok tak? u stay hotel mane?

    ReplyDelete
  4. Anonymous,
    Waalaikumussalam. Hotel di Istanbul semuanya ok. Saya stay di hostel. Hostel2 juga banyak di sekitar Sultanahmet area. Dekat dengan landmarks kota Istanbul dan bersih. Saya di Orient Youth Hostel & Cheers Hostel. Dua2 bagus.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, nak tanya, if macam dah ada Debit Card Maybank, so boleh terus withdraw duit lah kat any ATMs dekat Istanbul eh ? No need to declare status or anything dulu kat Maybank branch kat Malaysia ? And betul ke dia convert to Liras terus ? Boleh bagi example tak kak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Apa2 jenis kad sekalipun, wajib inform bank sebelum keluar Negara kalau kita nak guna kad tu untuk ATM withdrawal. Kalau tidak, mesin akan reject kad. Masa hubungi Maybank tu, diorang hanya akan minta pengesahan macam biasa dan bagitahu diorang berapa lama kita pegi dan destinasi Negara mana. Betul dia terus convert ke Lira. Kalau withdraw kat Negara Europe, dia convert ke Euro terus.

      Delete
  6. As salam , brapa lama ye naik metro dr airport artatuk ke sulatnahmed?

    ReplyDelete